Friday, June 25, 2010

...Paku VS Dosa...


Bismillah walhamdulillah

Disini ana ingin kongsikan satu citer yang biasanya kami akhwat upc selalu ceritakan sewaktu mengendalikan majlis ta'lim...

Ceritanya bermula begini. Dalam sebuah kampung, tingggallah seorang budak yang bernama Ahmad bersama bapanya, Pak Hamid. Ahmad seorang anak yang sangat nakal. Setiap hari, mesti ada sahaja kesalahan yang di lakukannya. Antaranya mengusik anak2 gadis di kampungnya, tidak menghormati orang tua dan sebagainya. Boleh dikatakan, harinya tak ceria sekiranya dia tidak mengganggu anak2 gadis di kampungnya. Pak Hamid sudah serik untuk menasihatinya kerana setiap nasihat dan teguran yang diberikan diibaratkan mencurahkan air ke daun keladi. Diibaratkan juga seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Semuanya sia-sia sahaja. Sudah puas Pak Hamid berusaha untuk menasihati anaknya itu supaya berrtaubat dan kembali ke pangkal jalan namun semuanya tidak berhasil.

Suatu hari, Pak Hamid mendapat satu idea untuk menyedarkan anaknya itu. Lalu, Pak Hamid memanggil anaknya ke halaman rumah. Ahmad terpinga-pinga dengan ajakan ayahnya itu. Dia mula bermonolog sendirian dengan ajakan ayahnya itu. Tiba2 langkah Pak Hamid terhenti berdekatan dengan sebatang tiang. Ahmad yang tadinya membisu mula bertanya kepada ayahnya. "Ada apa ayah?" "Kenapa ayah bawa Ahmad ke sini?" "Apa kaitannya pula dengan tiang nie?" tanya Ahmad bertalu-talu setelah hairan.

Dengan penuh tenang, ayah Ahmad memerhatikan tiang yang terpacak di depannya. Pada tiang tersebut, terdapat banyak paku2 yang telah berkarat, ada juga yang kurang berkarat dan ada juga yang masih baru. Ahmad bertambah hairan melihat gelagat ayahnya itu.

Setelah agak lama mendiamkan diri, akhirnya Pak Hamid mula mengatur bicara. Bicaranya agak lembut tetapi sangat menyentuh hati. "Anakku" kata Pak Hamid sambil merangkul bahu anak kesayangannya. "Cuba kau lihat paku2 yang terdapat pada tiang ini. Mungkin engkau hanya lihat ianya hanyalah sebatang besi. Sebatang besi yang tidak mendatangkan apa2 faedah pun. Tetapi di sebalik sebatang besi ini ada satu hikmah yang sangat berharga. Wahai anakku, sesungguhnya setiap paku yang terdapat di tiang ini sangat bermakna bagi ayah. Setiap paku mewakili setiap kesalahan yang engkau lakukan setiap hari sejak sebulan yang lalu. Ayah sengaja memakukan tiang ini apabila engkau melakukan satu2 kesalahan. Sekarang tengoklah wahai anakku, betapa banyaknya paku yang terdapat pada tiang ini. Betapa banyaknya kesalahan yang engkau telah lakukan" Kata Pak Hamid dalam nada yang tersekat-sekat. "Anakku, cubalah engkau renungkan sejenak, cubalah engkau bayangkan bahawa tiang ini adalah sekeping hatimu. Sekeping hati yang sepatutnya di jaga oleh setiap makhluk Allah di atas muka bumi nie. Manakala paku2 yang terdapat pada tiang ini adalah titik2 hitam yang terdapat di hatimu. Lihatlah sendiri wahai anakku, bagaimana keadaan hatimu? Betapa kotornya hatimu wahai anakku" kata Pak Hamid sambil menitiskan air matanya. Di dalam hatinya, Pak Hamid tak henti2 berdoa semoga analogi yang disampaikan ini mampu membuka pintu hati anak kesayangannya itu.

Ternyata doa Pak Hamid dimakbulkan. Kelihatan manik2 jernih mulai membasahi pipi anak kesayangannya. Ahmad mula menyedari dan menginsafi dirinya. Dia akui yang dia telah banyak melakukan kesalahan selama ini.

Keadaan senyap seketika. Tiada perbualan antara Pak Hamid dan Ahmad. Masing2 diam seribu bahasa. Ahmad terdiam kerana mengimbau kembali sejarah hitamnya, manakala Pak Hamid terdiam kerana memberi ruang untuk anaknya mengoreksi diri. Tiba2, Ahmad mulai bersuara. Dengan suara yang terketar-ketar, Ahmad memberanikan diri. "Ayah, apa yang sepatutnya Ahmad lakukan sekarang? Ahmad tak nak hati Ahmad macam nie, Ahmad tak nak hati Ahmad kotor, Ahmad tak nak Allah benci Ahmad, Ahmad tak nak masuk neraka. Tolonglah Ahmad, ayah. Ahmad sedar segala kesilapan Ahmad sebelum nie" kata Ahmad sambil memeluk ayahnya dan merayu-rayu memohon pertolongan dari ayahnya.

Pak Hamid mula mengukir senyuman. Di dalam hatinya, beliau tak henti2 memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah kerana telah membuka pintu hati anaknya untuk berubah. Dengan tenang, Pak Hamid mula menyusun kata2. "Anakku, hati yang kotor boleh di bersihkan kembali. Bertaubatlah anakku, dan berjanjilah yang engkau tak akan ulangi lagi kesalahanmu dulu. Gantikanlah kesalahanmu itu dengan kebaikan. Mulai hari nie, setiap kebaikan yang engkau lakukan, akan ayah cabut satu paku dari tiang ini". "Baiklah ayah, Ahmad janji, Ahmad tak akan ulangi lagi kesalahan dulu. Terima kasih, ayah" ujar Ahmad sambil memeluk erat ayahnya.

Bermula dari hari itu, tingkah laku Ahmad sangat berbeza. Beliau mula menghormati ayahnya, menolong ayahnya serta tidak lagi membuat onar di kampungnya. Semua orang kampung terkejut dengan perubahan yang berlaku pada Ahmad. Walau bagaimanapun, mereka amat menyenangi perubahan yang berlaku pada Ahmad.

Sampailah suatu hari, Pak Hamid memanggil anaknya, Ahmad. Mereka berjalan beriringan menuju ke halaman rumah, menuju ke tempat terpacaknya tiang yang di penuhi dengan paku satu masa dulu. Pak Hamid tersenyum sambil menunjukkan keadaan tiang yang telah pun "bersih". Keadaan tiang yang telah pun di cabut pakunya. Ahmad juga tersenyum melihat keadaan tiang itu, tapi taidak lama selepas itu dia mula bersedih. Pak Hamid hairan dengan perubahan reaksi anaknya itu. Lalu Pak Hamid mula bertanya. "kenapa Ahmad? Adakah Ahmad tidak gembira?"

Dengan menarik nafas panjang, Ahmad mula mengatur bicara. "Ahmad gembira ayah. Gembira sangat2. Tapi Ahmad sedih bila tengok tiang ni. Walaupun pakunya telah tiada, tapi kesan lubang2 paku tu masih ada. Kesan nie tak boleh di hilangkan, ayah. Sama la dengan hati Ahmad, walaupun titik2 hitam telah pun tiada, tapi kesan2 dari titik2 hitam tu masih ada.

Pak Hamid menarik nafas panjang mendengar rintihan dari anaknya. "ooo, rupanya kesan2 tu yang membuatkan Ahmad sedih" monolog Pak Hamid sendirian. Dengan menggunakan ilmu psikologinya, Pak Hamid cuba lagi untuk menenteramkan Ahmad. "Ahmad, anggaplah kesan2 nie sebagai satu pengajaran yang berguna untuk masa depan. Memang ia tidak boleh dihilangkan, tapi jadikan ia sebagai satu "cermin pandang belakang". Cermin yang kita gunakan untuk melihat apa yang berlaku di belakang tanpa menoleh ke belakang pun. Malah cermin nie, boleh kita gunakan untuk melihat ke belakang dalam keadaan kita bergerak ke depan. Jadikan apa yang telah berlaku sebagai pengajaran. Ayah harap, Ahmad benar2 faham akan analogi yang cuba ayah sampaikan ini.

Ahmad mula mengangguk-angguk tanda faham. Mereka kemudiannya mula berpelukan dengan eratnya.


P/S: so, the moral of his story are, setiap manusia melakukan kesilapan dan kesalahan. Sebab tu Allah menyediakan taubat sebagai jalan untuk membersihkan kembali dosa2 tersebut. Setiap manusia tidak sempurna. Sebab tu kita memerlukan sahabat yang mampu menasihati kita di kala kita melakukan kesilapan. Carilah sahabat yang baik kerana sahabat itu adalah cerminan kepada diri kita sendiri. Sebaik-baik sahabat adalah sahabat yang akan bersama dengan kita di saat senang ataupun susah serta sahabat yang selalu menasihati kita kerana sayangnya dia kepada kita. Teguran dan segala tunjuk ajarnya adalah untuk kebaikan kita bukannya untuk menjatuhkan kita. Ingat, carilah sahabat, bukannya kawan.

**ana selalu nasihatkan anak sedara ana yang sekarang nie tinggal di asrama untuk mencari sahabat bukannya kawan. Camne nak cari sahabat? Sentiasalah solat berjemaah di masjid, menghadirimajlis2 ilmu dan anda akan jumpa ramai sahabat di situ. IA, sahabat itulah yang mampu mentarbiyah kita nanti.

"Tarbiyah bukan segala-galanya, tapi tanpa tarbiyah segala-galanya tidak bermakna" - (Mustafa Masyur)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...