Friday, November 13, 2009

Halaqah Sekolah Terakhir

Halaqah terakhir. Hari ini merupakan hari yang sangat berguna kepadaku kerana pada hari ini aku menyampaikan amanat dan kata2 semangat kepada anak halaqahku. Amanat supaya menjadi manusia yang soleh dan musleh setiap masa dan ketika serta kata2 semangat untuk mendorong mereka melakukan yang terbaik untuk peperiksaan SPM.

Sekadar gambar hiasan


Bila SPM? tanyaku pada anak halaqahku tiga minggu lepas. Maklumlah aku baru je pegang mereka pertengahan bulan 10 yang lepas. Menggantikan murabbiyahnya yang sebelum ini selalu sakit dan tidak mampu untuk melaksanakan amanah tersebut saban minggu.

18 Nov, akak. Jawab salah seorang daripada mereka berlima. Dah tak lama la ye. Dalam tiga minggu lagi. Antunna semua dah sedia ke? tanyaku lagi. InsyaAllah akak, dalam proses. Doakan kami. Jawab mereka.

Kepada semua anak halaqah sekolahku, "Selamat menduduki peperiksaan SPM. Semoga Allah memberikan yang tgerbaik untuk antunna semua. Amiin"


Wednesday, November 11, 2009

Balik Kampung

Tak sabar rasanya menunggu tibanya tarikh 22 November 2009. Ini kerana pada tarikh tersebut dapatlah diri ini pulang ke kampung halaman untuk satu tempoh yang agak lama. Alhamdulillah, setelah sekian lama berada di perantauan, di negeri orang dengan menempuh pelbagai karenah orang sekeliling. Semoga kenangan2 yang lalu menjadi satu pengajaran dan pengalaman yang berguna buat diri ini dalam mempelajari asam garam kehidupan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...