Friday, December 24, 2010

Jawatan Kosong Untuk Semua

Bismillah walhamdulillah...

Sekadar berkongsi satu artikel yang singgah di dalam inbox emel ana. Semoga bermanfaat untuk semua.

*****


SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN.

KEKOSONGAN JAWATAN:

  • A. Ahli Syurga Dari Awal.
  • B. Ahli Neraka Dari Awal.
  • C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

  • 1. Nikmat kubur.
  • 2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
  • 3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
  • 4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:

  • Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:

  • Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:

  • Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
  • Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes mata belalang atau kad kredit.
  • Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
  • Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
  • Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:

  • Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:

  • 1. Siapa Tuhan anda?
  • 2. Apa Agama anda?
  • 3. Siapa Nabi anda?
  • 4. Apa Kitab anda?
  • 5. Di mana Kiblat anda?
  • 6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.


TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: "Dari arasku tidak ada jalan masuk". Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: "Dari arasku tidak ada jalan masuk". Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: "Dari arasku tidak ada jalan masuk".

Kemudian didatangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: "Di bahagianku tidak ada jalan masuk". Maka malaikat berkata kepadanya: "Duduklah kamu". Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu tentang seorang lelaki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya, dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: "Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang". Maka berkata malaikat: "Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh sahaja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya, dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?" Maka berkata mayat itu: "Lelaki itu ialah Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wasallam dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wasallam itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wataâala". Maka malaikat berkata kepada mayat itu: "Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat InsyaAllah". Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikatakan padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Sila war- warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu Aa'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

Sunday, December 12, 2010

Indahnya ukhuwwah kerana 4JJl

Bismillah Walhamdulillah...

Sekadar ingin berkongsi satu artikel. Artikel nie dah lama ditulis, waktu ana masih belajar di UPC lagi. Rasa2nya tahun 2008. Tiba2 teringat kat sume akhwat yang pernah bersama-sama satu masa dulu. Kenangan bersama antunna sume takkan ana lupakan. Jadi ana amik artikel nie dari emel ana sendiri, untuk memahat kenangan kami bersama.

Di Banglo (rumah sewa kami)

Suatu petang, sekitar jam 2, setelah usai solat zohor berjemaah, ana dan Ukht Tasya mengambil keputusan untuk bertadarus...sedang kami asyik bertadarus, tiba-tiba hanset Ukht Marini berdering. Lantas, Ukht Marini yang juga berada di situ, terus mengangkatnya. Panggilan dari Ukht Dibah. Perbualan antara Ukht Marini dan Ukht Dibah menyebabkan tadarus kami terhenti dengan tiba2.

Ukht Dibah: Assalamualaikum marini...kami accident.. Amnah cedera teruk kat kepala...sekarang tak sedarkan diri.(dalam nada suara yang sedang menangis).

Ukht Marini: Waalaikumussalam...accident kat mana? Anti kat mana sekarang? Anti cedera ke tak?

Ukht Dibah: Amnah cedera teruk...ana cedera sikit je...Sekarang kami on the way ke Hospital Kampar.

Ukht Marini: Macam mana boleh accident? Dengan apa?

Ukht Dibah : Accident sendiri...Tayar belakang motor pancit...Macam mana nie?

Ukht Marini:Tak pe ukhti...anti bertenang dulu. Nanti akan ada akhwat yang akan ke sana.

Ana dan Ukht Tasya yang mencuri-curi dengar perbualan tersebut terus bertanya kepada Ukht Marini. Untuk mendapatkan pengesahan tentang berita yang baru kami dengar itu. Ukht Marini mengiyakannya. Ukht Amnah dan Ukht Dibah accicent kat Gopeng. Mereka sekarang sedang di bawa ke Hospital Kampar. (Sebenarnya mereka nak ke SEMESTI, Teluk Intan untuk follow up adik2 sekolah kat sana, tapi tersalah jalan. Tu yang sampai Gopeng 2. Pastu nak dijadikan cerita, Ukht Amnah bawa laju motor tu. Tu yang meletup tayarnya).

Lantas, ana mula membuka seribu langkah untuk memanjat tangga banglo, untuk menyampaikan berita ini kepada akhwat yang berada di atas. Ternyata ketika itu Ukht Solihah yang sedang melipat pakaian dan Ukhti Ima yang sedang menyiapkan assignmentnya, terkejut mendengar berita ini. Pada mulanya mereka tidak mempercayai berita yang ana sampaikan itu. Namun, dengan menggunakan segala kepakaran yang ada ana berjaya meyakinkan mereka. Ana juga terus memainkan peranan untuk menyebarkan berita tersebut kepada akhwat lain yang sedang tidur. Semua akhwat terkejut mendengar berita yang ana sampaikan. (Sebenarnya, sewaktu tengah mengejutkan mereka semua, ana hampir tergelak melihat mata akhwat tersebut yang merah dan besar, merah kerana baru bangun tidur dan besar kerana terkejut dengan berita 2).

Kami mula merancang (kononnya syura la, maklumlah kami 10 orang duk menyewa kat umah 2). Siapa yang akan pergi ke sana (Hospital Kampar) untuk menemani Ukht Dibah. Kebetulan pada ketika itu, kereta BDH ada di halaman banglo. Alhamdulillah...Allah permudahkan urusan kami.

Setelah dibincangkan, hanya 5 orang sahaja yang akan pergi ke sana. Mereka ialah Ukht Ima(as a driver n tuan punye keta), Ukht Solihah, Ukht Tasha, Ukht Liza dan ana sendiri.. Yang lain2 akan menunggu sebarang berita dari rumah sahaja. Kalau diikutkan, semua nak pergi, namun keta hanya ada satu je. So, nak tak nak, hanya 5 orang je yang bleh pegi.

Namun, syabas diucapkan kepada Ukht Ni’ma atas tindakan bijak yang diambilnya. Atas desakan ikatan ukhuwwah fillah yang meronta-ronta untuk melihat sendiri keadaan Ukht Amnah dan Ukht Dibah, dia mencuba sedaya upaya untuk menyewa kereta. Hampir semua pemilik kereta untuk disewakan, dihubunginya. Dan akhirnya, alhamdulillah, dapat juga. Maka lebih kurang jam 3.30 petang, kami pun berangkat bersama-sama. Kami berlima dengan menaiki BDH. Manakala Ukht Ni’ma pula bersama-sama dengan Ukht Mardhiah dan Ukht Dayah dengan kereta kancil yang disewa khas.

Di dalam kereta, semua akhwat berdiam diri memikirkan keadaan Ukht Amnah dan Ukht Dibah, sambil mendoakan mereka. Suasana perjalanan kami ketika itu sunyi sepi. Tapi, jari-jemari ana tidak petah untuk duduk diam. Ana menyebarkan lagi berita ini kepada semua akhwat UPSI yang berada di kolej dan di tempat lain. Sebaik sahaja selesai, aku mendapat satu panggilan dari Ukht Zu. Dia bertanyakan tentang keadaan Ukht Amnah dan Ukht Dibah. Ana hanya menyampaikan apa yang ana tahu sahaja... Alhamdulillah, Ukht Zu meng”offer” diri untuk menyebarkan berita ini kepada akhwat di zon lain serta meminta akhwat UTP untuk ke sana dengan segera memandangkan jarak mereka lebih dekat.

Dengan kelajuan dan kepakaran Ukht Ima memandu, kami selamat sampai ke Hospital Kampar lebih kurang jam 5 petang. Kami segera meluru ke Bahagian Kecemasan kerana Ukht Dibah memaklumkan kepada kami bahawa Ukht Amnah di tempatkan di situ. Dia yang hanya mendapat rawatan sebagai pesakit luar, juga sedang menunggu di situ. Sabaik sahaja kami sampai di Bahagian Kecemasan, kami dapati 2 orang akhwat UTP, Ukht Ju dan Ukht Atifa telahpun berada di situ. Lalu kami mendapatkan mereka. Bertalu-talu soalan kami lontarkan kepada mereka berdua...Di mana Ukht Dibah? Macam mana dengan Ukht Amnah? Dah sedar ke belum? Dan lain-lain lagi...huhuhu...kesian kat akhwat 2. Kena soal dengan kami macam polis menyoal pesalah plak.

Dalam nada suara yang sangat tenang, Ukht Ju menjawab semua soalan kami. Katanya Ukht Dibah sekarang berada di surau untuk menunaikan solat asar. Manakala Ukht Amnah masih lagi di dalam. Tiada khabar berita lagi...Kami semua mengangguk sebagai tanda puas hati dengan jawapan yang diberikan.

Di Surau

Di surau, kami mencari-cari kelibat Ukht Dibah. Akhirnya kami temuinya. Dia berada di tepi dinding dalam keadaan sedang menangis(huhu...itulah Ukht Dibah, jiwanya sangat lembut...tapi dalam bab dakwah, dia sentiasa ke depan dan tidak pernah gentar dengan ujian). Kami segera menghampirinya dan cuba untuk bertanyakan keadaannya. Sambil menangis Ukht Dibah menyatakan bahawa dia sangat risau dengan keadaan Ukht Amnah...Apa yang akan di katakan kepada family Ukht Amnah nanti? Macam mana dengan motornya pulak? Siapa yang akan settlekan? Kami cuba memujuk dan menenangkan Ukht Dibah. Kami katakan InsyaAllah, 4JJl akan menolong hambanya. Moga 4JJl permudahkan segala hal. Pasal motor tu, nanti kami akan settlekan...fikiran ana ligat memikirkan, macam mana nak settlekan motor tu. Alhamdulillah, 4JJl memberi ana idea untuk meminta pertolongan ini daripada akhwat yang masih berada di banglo. Dan syukur juga ke hadrat Ilahi, kerana akhwat di sana terus berusaha untuk mengesan di mana motor tu berada pada waktu tu. Kerana berdasarkan maklumat yang di terima, motor Ukht Amnah, telah tiada di tempat kejadian.

Setelah selesai solat asar berjemaah, kami semua melangkah kaki menuju ke Bahagian Kecemasan untuk mendapatkan maklumat terkini Ukht Amnah. Dari jauh, kami nampak sebuah ambulans berada di perkarangan tempat tersebut dengan kelibat akhwat di sisinya. Hati kami berdegup kencang memikirkan Ukht Amnah...Adakah ambulans itu ada kaitannya dengan Ukht Amnah? Di dalam hati, kami doakan semoga semuanya selamat...Ukht Dibah yang pada ketika itu berada bersama kami, tidak dapat menahan air matanya dari terus mengalir...

Kami segera mendapatkan maklumat terbaru mengenai Ukht Amnah daripada Ukht Solihah. Katanya, Ukht Amnah telah pun sedar. Tapi dia terpaksa dibawa ke Hospital Ipoh kerana sewaktu dia sedar, dia mengalami muntah-muntah dan muntahnya itu berwarna hijau. Doktor bimbang ada apa2 yang berlaku kat perut dia. Sebab tu nak bawa ke Hospital Ipoh untuk di x-ray perutnya dan untuk rawatan yang selanjutnya. Sekiranya keadaan Ukht Amnah teruk, dia akan stay di Hospital Ipoh, tapi sekiranya dia ok, dia akan dibawa balik ke sini...Kecut perut ana mendengar segala penjelasan dari Ukht Solihah tu. Ana bertanya lagi, di mana Ukht Amnah?

Ukht Solihah menunjukkan jarinya ke arah ambulans sambil berkata, “Ukht Amnah berada di dalam ambulans tu, ditemani oleh Ukht Liza untuk ke Hospital Ipoh”

Lalu ana bergegas mendapatkan pemandu ambulans untuk meminta kebenaran darinya untuk berjumpa dengan Ukht Amnah. Dia membenarkan dan terus membukakan pintu belakang ambulans untuk ana. Ana terus masuk dan memanggil-manggil nama Ukht Amnah...Ukht Amnah berpaling ke arah ana dan memandang dengan pandangan yang sayu. ‘Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya’. Sungguh sayu hati ini tatkala melihat keadaannya pada ketika itu. Dia sangat letih dan tidak bermaya. Ana bisikkan kepadanya “Ukht, jangan risau. Segala-galanya akan kami uruskan termasuklah family anti sekali. Semoga Allah permudahkan segala urusan anti ”

Hospital Ipoh

Selepas itu, kami mula bertolak ke Hospital Ipoh. Lebih kurang satu jam perjalanan, kami pun sampai. Kami dapati, ambulans telah pun sampai terlebih dahulu. Ingatkan bila bertolak sama-sama dengan ambulans, kami akan sampai pada waktu yang sama juga. Tapi, sangkaan kami meleset. Kelajuan kereta kami tidak mampu menandingi kelajuan ambulans. Maklumlah, ambulans sangat di hormati di jalan raya. Semua kenderaan memberikan laluan kepadanya...huhuhu.

Kami segera mendapatkan Ukht Liza (yang menemani Ukht Amnah di dalam ambulans) yang berada di ruang menunggu Bahagian Kecemasan. Katanya Ukht Amnah masih lagi berada di Bahagian Kecemasan. Sekarang masih belum menerima apa2 berita lagi...Ana melambai tangan, memberikan isyarat kepada Ukht Solihah menandakan ada sesuatu yang ingin ana katakan kepadanya. Ukht Solihah memahami isyarat tersebut dan terus menghampiri ana dalam keadaan yang terpinga-pinga. Maka terjadilah perbualan antara ana dan Ukht Solihah.

Ana : Ukht, kenapa Ukht Liza yang temankan Ukht Amnah dalam ambulans tadi?

Ukht Solihah : Ana pun tak tahu...tadi ana tengah contact family Ukht Amnah. Bila dah selesai cakap tu, ana tengok dia dah ada dalam ambulans. Dia yang sukarela nak ikut. Kenapa ukhti?

Ana :Sebenarnya macam nie, ari 2 Ukht Liza balik ke rumah dalam keadaan menangis. Bila akhwat tanya nape dia nangis, dia bgtau yang dia baru je melihat kemalangan kat simpang jalan raya. Dia bgtau yang dia menangis sebab teringat satu peristiwa, waktu tu dia darjah 3, dia pernah accident gak. Dilanggar orang. Orang yang langgar tu, meninggal di tempat kejadian. Dia bonceng motosikal dengan ayah dia. Sejak accident tu, ayah dia koma selama beberapa tahun. Dia menyaksikan semua tu, Ukht. Sekarang dia fobia dengan kemalangan...

Ukht Solihah : Ooo...Macam tu ke. Tapi tadi dia yang offer diri...Nampak dia sekarang pun ok je...Tak pe, Ukht. Mungkin lepas nie dia tak fobia lagi dengan kemalangan. Doakan...

Ana : Amiin... Itulah yang ana harapkan. Moga dia menjadi seorang da’i dan akhwat yang tangguh, yang tetap terus tegar berada di jalan ni.

Bersambung...



Wednesday, December 8, 2010

Kemalangan

Bismillah Walhamdulillah...

Sekadar coretan my first experience terlibat dengan kemalangan jalan raya. Huhuhu...my sport car (akhwat yang panggil keta tu keta sport, sebab bunyinya kuat) now in bengkel, huhuhu :-(...Kemalangan tu berlaku kira2 jam 5 petang di Jalan Karak. Yang tak tahannya, kancil (my car) lawan dengan Hilux. Cuba bayangkan keta kecil lawan keta besar..Kalau di analogikan macam tembikai lawan dengan durianlah. Tapi thanks to ALLAH, coz semua keempat-empat penumpang selamat.

Ceritanya bermula begini...

Kami (ana, mak, abang n anak sedara) sebenarnya dari Kelantan menuju ke Kuala Lumpur. Ana memang kena bawa keta ke KL coz susah nak pergi sekolah kalau takde keta. Lagipun kalau naik pengangkutan awam, perbelanjaan sangat tinggi. Lebih kurang RM20 sehari. Tu kalau bab duit la, tapi kalau bab masa, ana kena turun dari umah kul 6.30 pagi dan akan sampai ke sekolah lebih kurang jam 8 pagi. Pernah satu hari, ana punch card jam 7.58 pagi. Lagi 2 minit nak pukul 8, fuhh..selamatlah. Kalau tak, mesti dah ada tanda merah kat kad tu, coz ana kena punch card b4 jam 8 pagi sepanjang cuti persekolahan nie..

Pasal mak ana plak, nape naik skali keta tu coz kebetulan mak nak pergi Oman, ziarah kakak sekeluarga kat sana. Mak punye flight dari KLIA ari Khamis, lebih kurang jam 12 tengah hari, tapi kena ada kat sana kul 10 pagi...so, mak naik skali je la keta 2. Pasal abang n anak sedara 2, jus teman je. Abang bukannya boleh drive pun, tapi bak kata mak "buat kuat semangat, biarlah Qadir ikut skali". Ana ikut je la. Planning awalnya, bila dah sampai KL, ana nak bawa mak ke sekolah ana. Saja je nak tunjuk sekolah yang penuh dengan cabaran tu kat mak...Tapi nak wat camne, planning tu hanya tinggal planning je...Mungkin ini yang terbaik untuk kami semua.

Sepanjang perjalanan ke KL, ana selalu mendoakan semoga Allah permudahkan perjalanan kami. Semoga kami semua selamat sampai ke KL. Maklumlah, jalan KL nie, ana tak biasa sangat, lainlah kalau jalan ke Perak coz dah lama duk sana. Ucapan syukur 'Alhamdulillah' di panjatkan pada Ilahi tatkala perjalanan kami selamat sampai ke Gua Musang, Merapoh, Kuala Lipis dan juga Raub. Kini cuma tinggal Bentong sahaja, lepas tu akan terus masuk KL.

Nak dijadikan cerita, kereta kawan yang ana follow tu silap masuk jalan. Mereka masuk jalan karak-kuantan. Ana yang tak berapa tahu jalan nie just follow them. Lebih kurang 10 km kot masuk jalan tu, baru kawan berhenti keta n gtau salah jalan. So, kena u-turn balik. Sekali lagi, ana jus follow je. On the way nak keluar dari jalan nie la, kemalangan tu berlaku. Kereta depan Hilux brek mengejut, menyebabkan Hilux juga brek mengejut. Ana pun sama la, brek mengejut. Tapi nak dijadikan cerita, permukaan jalan tempat ana brek mengejut tu, ada banyak batu dan pasir yang menyebabkan keta tetap je gerak even dah tekan brek. Nak mengelak ke sebelah kiri, tak boleh coz ada lubang, nanti satu keta masuk lubang tu, lagi parah...nak tak nak, kami sume tengok je keta tu langgar Hilux.

Keadaan kereta

Cerita pasal keadaan kereta, hanya bahagian depan teruk. Penutup bumper depan memang tak boleh diselamatkan coz terseret dengan bahagian bawah Hilux. Cermin depan juga tak dapat diselamatkan coz telah pun rangka. Nasib baik tak pecah. Kos baiki???huhuhu...rahsia.

Kena saman

Masing2 buat report polis, tuan punye Hilux pun buat report gak coz dia nak claim insurance. Lepas je ana siap buat report polis, ana dapat satu lagi surat, surat saman. Huhuhu...kena rm300. Nasihat JPJ tu pada ana, settlekan bayaran saman tu b4 7 januari untuk mendapatkan potongan sehingga rm150...InsyaAllah.

Thanks Allah

Percaturan Allah pada hambanya sangat baik dan teliti. Walaupun hambanya sentiasa mendoakan supaya di selamatkan perjalanannya, namun sekiranya Allah mahu menguji tahap keimanan dan kebergantungan hambanya kepadaNya, ujian itu tetap datang jua. Kemalangan itu tetap jua berlaku. Disinilah kita akan memberikan respon. Adakah kita akan menyalahkan Allah atas apa yang menimpa, atau pun kita redha sahaja dengan apa yang berlaku...Tepuk dada, tanya iman. Tatkala ujian menimpa, teringat lagu nasyid dari Kumpulan Raihan yang berbunyi:

Ujian adalah, tarbiyah dari Allah,
Apakah kita kan sabar,
Ataupun sebaliknya...

Aku redha, ya Allah dengan ujianMu nie...Semoga dengan ujian nie, hubunganku denganMu semakin dekat malah kebergantunganku padaMu 100 %...Amiiin...InsyaAllah, ada hikmah yang tersembunyi disebalik kejadian nie.

P/S:
1) Terima kasih atas sokongan dan pertolongan adik-beradik yang lain. Nie yang best nie, adik-beradik ramai, sume pakat ambil berat. Macam iklan dalam TV3 'Aduan rakyat, adik-beradik ambil berat'. huhuhu...
2) Terima kasih gak pada Kak Inang atas segala information
3) Terima kasih gak pada Zali (anak sedara) coz jemput kami kat Balai Polis Karak
4) Terima kasih gak kepada bakal kakak ipar sekeluarga yang menelefon bertanyakan kejadian tu

Monday, November 29, 2010

Barakallahulakuma...

Bismillah walhamdulillah...



بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ.
“Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin laki-laki dan perempuan) dalam kebaikan.”
(HR. Penyusun-penyusun kitab Sunan, kecuali An-Nasai dan lihat Shahih At-Tirmidzi 1/316)

Barakallah ukht...Itulah doa ana untuk anti, Ukht Maria (akhwat UPSI) yang akan melangsungkan pernikahan pada 12 Disember 2010 di Bagan Serai. Semoga dengan pernikahan ini, dapat menambahkan lagi amal ibadah dalam menuju redhaNya...Amiin.

Kepada semua akhwat, antunna di jemput untuk sama2 meraikan pernikahan ini (sambil2 tu, bleh la amik auranya...huhuhu..). Di sini ana attachkan kad jemputan pernikahan Ukht Maria.


Sunday, November 28, 2010

Takziah buat YDP ISMA Kelantan

Bismillah walhamdulillah...

"Salam...mak Ustaz Din (Kak Gie) baru meninggal dunia. Al-Fatihah..."

Itulah mesej yang ana dapat dari seorang akhwat kelantan malam tadi, kira2 jam 11.54 malam. Jazakillah khair uhkti atas perkhabaran ini.

...


Buat Ustaz Din (gambar) dan sekeluarga, ana doakan semoga tabah dan sabar dalam menempuh ujian ini. Inna lillahiwa innaa ilaihiraajiun...

Di sini ana sertakan ucapan takziah yang ana amik dari blog isma kelantan.


27 Nov; Takziah Ustaz, itulah yang mampu diucapkan oleh AJK dan ahli ISMA Kelantan kepada Ustaz Sharipudin Ab. Kadir sekeluarga atas pemergiaan bondanya yang tersayang. Berita kematian dilaporkan dalam jam 11.50 minit malam (sabtu malam ahad).

Menurut Ustaz Sharipudin, bondanya meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, dan akan di bawa pulang ke Kuala Kubang, Besut, Terengganu, (Jalan menuju ke Lata Belatan). Solat jenazah insyaAllah akan ditunaikan pada pagi ini.

Kepada mana-mana kenalan dan juga rakan dakwah Ustaz Sharipudin yang ingin menghubungi beliau boleh membuat panggilan di talian berikut 013-9393451

Tidak ada perkara lain yang boleh diucapkan kepada Ustaz Sharipudin sekeluarga dan
ahli-ahli waris Al-Marhumah melainkan sebagaimana yang telah diajarkan oleholeh Allah swt melalui RasulNya di dalam Hadis, “Inna lillahi ma akhaz, wa lahu ma a’tho. Wa kullu syai’in indahu bi ajalim musamma. Fasbir wala tahtasib” (Milik Allah apa yang Dia ambil. MilikNya jua apa yang Dia beri. Tiap sesuatu punya tempoh tertentu disisiNya. Bersabarlah dan harapkan ganjaran Allah atas kesabaranmu itu” (Hadis Takziah). “Al-Baqa’ lillah” (Sesungguhnya kekal itu hanyalah Allah swt semata-mata). Rujukan : Majmu’ah Ar-Rasail Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna.


Saturday, November 27, 2010

Sedih :-(

Bismillah walhamdulillah...

"Salam Ira, mabruk...moga menjadi pendidik yang berjaya menyentuh hati2 pelajar. Moga thabat di jalan dakwah walau di mana pun berada..."

Huhu...itulah mesej yang dihantar oleh seorang akhwat pada ana tadi.Amiin...semoga dipermudah segala urusan di medan baru ini...Tak tahu dah nak tulis apa tapi sekadar ingin meluahkan perasaan sedih coz tak dapat join program mukhayyam akhwat kelate. Program tu bermula pada 26-27 November di Aura Training Centre, Bachok. Sebenarnya program nie dah dirancang dari awal lagi, dengan objektif2 yang sangat mantap yang perlu dicapai dan digapai oleh setiap peserta program.

Tambah sedih dan terkilan kerana dalam program nie, ana dilantik selaku S/U program. Tapi disebabkan ana kena lapor diri di KL pada 22 November lepas, sekaligus dikehendaki bertugas di SMK Raja Abdullah, Kepong walaupun cuti persekolahan sedang berlangsung, maka tak dapat la nak join program tu.

Ana doakan moga semua akhwat yang join program tu dapat memenuhi objektif program yang ditetapkan.

Saturday, September 4, 2010

...Maafkan ana, akak...

Bismillah walhamdulillah…
Sekadar coretan untuk renungan bersama.
*****
Tit…tit…tit…
Handset Aisyah berbunyi menandakan ada mesej yang baru masuk. Aisyah yang sedang bertadarus menghentikan seketika bacaannya lalu digapai handsetnya yang sentiasa setia di sisinya. Di skrin handset tersebut, tertera nama Ukht Izza, anak halaqahnya. “ooo, mesej dari Izza rupanya” monolog Aisyah sendirian. Tanpa berlengah, Aisyah terus menekan butang ‘unlock’ handsetnya dan membaca mesej tersebut.

“Salam akak, boleh tak ana nak jumpa akak kat surau kampus kul 5 petang nie? Ada hal penting nak gtau. Tapi akak datang sorang je tau”.

“Wasalam, InsyaAllah boleh ukht. Lagipun akak tak de kelas petang ni. Nanti kita jumpa ek”.
Balas Aisyah

Seperti yang dijanjikan, Aisyah tiba di surau kampus tepat jam 5 petang. “Alhamdulillah, nasib baik sempat sampai, kalau lambat tadi, mesti malu nak jumpa anak halaqah” monolog Aisyah sendirian sambil menarik nafas lega. Dalam halaqah, Aisyah selalu ingatkan anak halaqahnya untuk sentiasa menepati masa. Itu adalah salah satu muwassafat tarbiyah yang perlu bagi seorang yang bergelar da’i. Jadi, nak tak nak, Aisyah perlu tunjukkan contoh yang terbaik untuk anak halaqahnya. Aisyah masih terbayang-bayang suasana ketika sedang berebut bas di kolej kediaman tadi. Tolak-menolak adalah perkara biasa ketika ingin menaiki bas. Itulah senario yang paling tidak boleh dielakkan oleh sekalian pelajar.

Tuesday, July 13, 2010

...Kisah Si Penjual Tempe...

Bismillah walhamdulillah...



Hayati dan renungilah kisah ini...

*****
Tersebut sebuah kisah, di kawasan selatan tanah air, tinggallah seorang perempuan tua yang bernama Jamilah seorang diri di sebuah pondok usang. Jamilah hidup sebatang kara. Suaminya telah meninggal 5 tahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya. Sepanjang perkongsian hidupnya dengan suami, Jamilah tidak di kurniakan seorang anak pun. Namun, Jamilah tidak pernah mengeluh terhadap takdir yang telah di tentukan untuknya. Bagi menampung perbelanjaan sehariannya, Jamilah menjalankan perniagaan tempe. Setiap hari Jumilah akan membuat tempe dan menjual tempe yang ‘menjadi’(sudah boleh di masak) di pasar yang berdekatan dengan rumahnya.

Pada suatu hari, seperti biasa Jamilah bersiap-siap untuk ke pasar, tetapi alangkah terkejutnya Jamilah apabila mendapati tempe yang dibuat dari kacang soya terpilih itu masih belum ‘menjadi’ lagi dan tidak boleh dijual lagi.

Jamilah kebingungan, fikirannya tidak keruan memikirkan apa yang patut dilakukan. Maka Jamilah menadah tangan memohon pada Allah SWT agar tempenya itu ‘menjadi’ kerana tiada yang mustahil bagi Allah untuk menjadikan sesuatu itu. Setelah selesai berdoa, Jamilah menekan-nekan tempenya yang berada di dalam bungkusan, sambil mengharapkan agar tempenya sudah ‘menjadi’. Tapi, ternyata tempenya masih lagi belum menjadi.
Hari semakin cerah, maka sudah tentunya orang ramai sudah mulai mengunjungi pasar. Jamilah masih lagi tidak berputus harap pada Allah malah dia membawa tempe-tempenya ke pasar dengan harapan akan berlaku keajaiban kepada tempe-tempe tersebut.

Sunday, July 11, 2010

...Kenapa perlu bertudung?...

Bismillah walhamdulillah...

Untuk renungan para pembaca, sebuah kisah benar...

*****

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa,seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.

Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas,ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,"cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam qiamullailnya, terdengar lirik doanya " Ya Allah, kenalkan Annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta,bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri".

Saturday, July 10, 2010

...Keyakinan Itu...

Bismillah walhamdulillah...
“Kak Irah, ana nak tanya sikit boleh?” tanya Ukht Mila (bukan nama sebenar) pada ana sewaktu sama2 berjalan ke Pantai Bukit Keluang. “Boleh2 , tanya banyak pun tak pe. Nape anti nak nikah ke?” jawab ana sambil bergurau disertai dengan gelak ketawa. Bukan apa, gurauan tu sekadar menambahkan lagi penyeri dalam perbualan kami pada pagi tu. “Eeii...Kak Irah nie, ke situ pulak. Ini bukan pasal nikah laa” jawab Ukht Mila sambil tersipu-sipu menahan malu. “Ana nak tanya, macam mana nak bawa ta’lim nie? Kadang2 ana rasa tak bersedia lagi? ”.
“ooo...rupa2nya itu persoalan yang sedang bermain di fikiran akhwatku ini. Bagus la...at least, akhwatku ini sudah bersedia untuk menggalas tugas yang mulia, tugas yang pernah di galas oleh para anbiya’ suatu masa dulu”, monolog ana dalam diri. “Ukht, nak bawa ta’lim nie senang je. Ana yakin anti boleh bawa. Bukan susah mana pun. Cuma untuk permulaan, anti bawa la anak ta’lim anti tu jalan2 tengok segala kebesaran Allah. Aplikasikan 7 tahapan dakwah fardhiah yang ana pernah bagi tu. Sebagai contohnya, anti bawa la anak ta’lim anti berlajan-jalan di sekitar maktab nie. Kemudian tengok la alam sekeliling. Tengok bagaimana kejadian pokok. Dari satu biji benih, bagaimana pokok itu boleh mengeluarkan batang, ranting, daun, bunga serta buah. Jika difikir secara logik, agak susah untuk diterima akal juga kerana ianya cuma berasal dari satu biji benih. Tapi ukht, semua tu tak mustahil bagi Allah. Bila Allah kata ‘jadilah’, maka menjadi la ia dan tiada sesiapa mahupun apa2 jua yang boleh menahannya. Ukht, hanya manusia yang ingin mengambil pengajaran sahaja yang akan berfikir tentangnya. Lagi satu, kalau bercakap tentang ‘yakin’, ia adalah satu perasaan yang harus dipupuk, bukan hanya menunggu untuk keyakinan itu datang. Memang wajar jika kita kurang yakin untuk permulaannya, kerana kita tiada pengalaman.

Friday, July 9, 2010

...Mencari Kekuatan dan Ketenangan...

Bismillah walhamdulillah...

"Jam 9 malam". Kurang 3 jam dari sekarang. Itulah masa yang ana tunggu2. Masa untuk ana bertolak ke KL untuk bersama-sama akhwat2 yang sudah agak lama tidak berjumpa. Sudah semestinya, pelbagai persoalan serta perkembangan dakwah akhwat lain akan menjadi persoalan bagi ana untuk mengetahuinya. At least, dengan mendengar perkembangan dakwah mereka, ana menjadi lebih kuat untuk membawa dakwah di sini.

Suatu masa dulu, ana rasa sangat berat untuk memikul amanah dakwah di sini. Pelbagai perkara baru terpaksa ana tempuhi dan pelajari; medan baru, akhwat baru, strategi dakwah baru dan banyak lagi. Kadang2 membuatkan ana merasa lemah untuk berhadapan dengan cabaran2 yang akan mendatang. Cabaran2 yang belum pasti bagaimanakah penyelesaiannya. Namun, bila berjumpa dengan akhwat2 yang lain (tambah2 lagi akhwat yang sama2 mengembangkan dakwah di UPC suatu masa dulu), berbual dan berkongsi pelbagai suka dan duka, semangat ana kembali pulih. Kekuatan dan ketenangan mula bertambah. "oh..rupanya bukan ana sorang saja punyai masalah. Akhwat lain pun sama gak". "rupanya masalah akhwat nie lebih besar dari masalah ana"...itulah antara monolong ana. Dengan monolog inilah ana mampu bangkit dari perasaan lemah. Kadang2 ana merasa lemah, tapi bila melihat dan mendengar akhwat lain turut melemah pabila banyak ujian mendatang, dengan serta merta ana menjadi kuat, seolah-olah tiada masalah. Dan menjadi kebiasaan bagi ana, untuk cuba nasihatkan dan menaikkan kembali semangat akhwat itu,

"akak, orang yang bersusah-suah di jalan Allah nie banyak ganjarannya. Semakin susah ujian yang Allah timpakan, semakin besar ganjaran yang Allah nak bagi pada akak. Akak patut bersyukur kerana Allah memilih akak untuk diberikan ujian nie. InsyaAllah, akak mampu mengatasinya sebagaimana firman Allah dalam surah al- baqarah, ayat 286, yang berbunyi..."

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...(2:86)"




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...