Tuesday, July 13, 2010

...Kisah Si Penjual Tempe...

Bismillah walhamdulillah...



Hayati dan renungilah kisah ini...

*****
Tersebut sebuah kisah, di kawasan selatan tanah air, tinggallah seorang perempuan tua yang bernama Jamilah seorang diri di sebuah pondok usang. Jamilah hidup sebatang kara. Suaminya telah meninggal 5 tahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya. Sepanjang perkongsian hidupnya dengan suami, Jamilah tidak di kurniakan seorang anak pun. Namun, Jamilah tidak pernah mengeluh terhadap takdir yang telah di tentukan untuknya. Bagi menampung perbelanjaan sehariannya, Jamilah menjalankan perniagaan tempe. Setiap hari Jumilah akan membuat tempe dan menjual tempe yang ‘menjadi’(sudah boleh di masak) di pasar yang berdekatan dengan rumahnya.

Pada suatu hari, seperti biasa Jamilah bersiap-siap untuk ke pasar, tetapi alangkah terkejutnya Jamilah apabila mendapati tempe yang dibuat dari kacang soya terpilih itu masih belum ‘menjadi’ lagi dan tidak boleh dijual lagi.

Jamilah kebingungan, fikirannya tidak keruan memikirkan apa yang patut dilakukan. Maka Jamilah menadah tangan memohon pada Allah SWT agar tempenya itu ‘menjadi’ kerana tiada yang mustahil bagi Allah untuk menjadikan sesuatu itu. Setelah selesai berdoa, Jamilah menekan-nekan tempenya yang berada di dalam bungkusan, sambil mengharapkan agar tempenya sudah ‘menjadi’. Tapi, ternyata tempenya masih lagi belum menjadi.
Hari semakin cerah, maka sudah tentunya orang ramai sudah mulai mengunjungi pasar. Jamilah masih lagi tidak berputus harap pada Allah malah dia membawa tempe-tempenya ke pasar dengan harapan akan berlaku keajaiban kepada tempe-tempe tersebut.

Sunday, July 11, 2010

...Kenapa perlu bertudung?...

Bismillah walhamdulillah...

Untuk renungan para pembaca, sebuah kisah benar...

*****

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa,seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.

Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas,ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,"cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam qiamullailnya, terdengar lirik doanya " Ya Allah, kenalkan Annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta,bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri".

Saturday, July 10, 2010

...Keyakinan Itu...

Bismillah walhamdulillah...
“Kak Irah, ana nak tanya sikit boleh?” tanya Ukht Mila (bukan nama sebenar) pada ana sewaktu sama2 berjalan ke Pantai Bukit Keluang. “Boleh2 , tanya banyak pun tak pe. Nape anti nak nikah ke?” jawab ana sambil bergurau disertai dengan gelak ketawa. Bukan apa, gurauan tu sekadar menambahkan lagi penyeri dalam perbualan kami pada pagi tu. “Eeii...Kak Irah nie, ke situ pulak. Ini bukan pasal nikah laa” jawab Ukht Mila sambil tersipu-sipu menahan malu. “Ana nak tanya, macam mana nak bawa ta’lim nie? Kadang2 ana rasa tak bersedia lagi? ”.
“ooo...rupa2nya itu persoalan yang sedang bermain di fikiran akhwatku ini. Bagus la...at least, akhwatku ini sudah bersedia untuk menggalas tugas yang mulia, tugas yang pernah di galas oleh para anbiya’ suatu masa dulu”, monolog ana dalam diri. “Ukht, nak bawa ta’lim nie senang je. Ana yakin anti boleh bawa. Bukan susah mana pun. Cuma untuk permulaan, anti bawa la anak ta’lim anti tu jalan2 tengok segala kebesaran Allah. Aplikasikan 7 tahapan dakwah fardhiah yang ana pernah bagi tu. Sebagai contohnya, anti bawa la anak ta’lim anti berlajan-jalan di sekitar maktab nie. Kemudian tengok la alam sekeliling. Tengok bagaimana kejadian pokok. Dari satu biji benih, bagaimana pokok itu boleh mengeluarkan batang, ranting, daun, bunga serta buah. Jika difikir secara logik, agak susah untuk diterima akal juga kerana ianya cuma berasal dari satu biji benih. Tapi ukht, semua tu tak mustahil bagi Allah. Bila Allah kata ‘jadilah’, maka menjadi la ia dan tiada sesiapa mahupun apa2 jua yang boleh menahannya. Ukht, hanya manusia yang ingin mengambil pengajaran sahaja yang akan berfikir tentangnya. Lagi satu, kalau bercakap tentang ‘yakin’, ia adalah satu perasaan yang harus dipupuk, bukan hanya menunggu untuk keyakinan itu datang. Memang wajar jika kita kurang yakin untuk permulaannya, kerana kita tiada pengalaman.

Friday, July 9, 2010

...Mencari Kekuatan dan Ketenangan...

Bismillah walhamdulillah...

"Jam 9 malam". Kurang 3 jam dari sekarang. Itulah masa yang ana tunggu2. Masa untuk ana bertolak ke KL untuk bersama-sama akhwat2 yang sudah agak lama tidak berjumpa. Sudah semestinya, pelbagai persoalan serta perkembangan dakwah akhwat lain akan menjadi persoalan bagi ana untuk mengetahuinya. At least, dengan mendengar perkembangan dakwah mereka, ana menjadi lebih kuat untuk membawa dakwah di sini.

Suatu masa dulu, ana rasa sangat berat untuk memikul amanah dakwah di sini. Pelbagai perkara baru terpaksa ana tempuhi dan pelajari; medan baru, akhwat baru, strategi dakwah baru dan banyak lagi. Kadang2 membuatkan ana merasa lemah untuk berhadapan dengan cabaran2 yang akan mendatang. Cabaran2 yang belum pasti bagaimanakah penyelesaiannya. Namun, bila berjumpa dengan akhwat2 yang lain (tambah2 lagi akhwat yang sama2 mengembangkan dakwah di UPC suatu masa dulu), berbual dan berkongsi pelbagai suka dan duka, semangat ana kembali pulih. Kekuatan dan ketenangan mula bertambah. "oh..rupanya bukan ana sorang saja punyai masalah. Akhwat lain pun sama gak". "rupanya masalah akhwat nie lebih besar dari masalah ana"...itulah antara monolong ana. Dengan monolog inilah ana mampu bangkit dari perasaan lemah. Kadang2 ana merasa lemah, tapi bila melihat dan mendengar akhwat lain turut melemah pabila banyak ujian mendatang, dengan serta merta ana menjadi kuat, seolah-olah tiada masalah. Dan menjadi kebiasaan bagi ana, untuk cuba nasihatkan dan menaikkan kembali semangat akhwat itu,

"akak, orang yang bersusah-suah di jalan Allah nie banyak ganjarannya. Semakin susah ujian yang Allah timpakan, semakin besar ganjaran yang Allah nak bagi pada akak. Akak patut bersyukur kerana Allah memilih akak untuk diberikan ujian nie. InsyaAllah, akak mampu mengatasinya sebagaimana firman Allah dalam surah al- baqarah, ayat 286, yang berbunyi..."

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...(2:86)"




Monday, July 5, 2010

...Kasih Seorang Adik...

Bismillah walhamdulillah...

Sebuah perkongsian untuk bacaan umum.

*****

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.

"Baik, kalau tak nak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik.

Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun air mata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, "Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!" Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang... !" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi! " Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg... .sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" jerkah ayah.

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku cuba memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. "Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat... ..

"Kak... untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata." Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia memberikannya kepadaku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Tak... .Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi... aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada.

Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya... ."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.


"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

p/s: Subhanallah...kasih sayang antara seorang adik dan kakak. Betapa ikhlasnya seorang adik menyayangi kakaknya. Namun ketahuilah wahai para pembaca sekalian, kasih sayang 4JJl lagi banyak terhadap hambanya. 4JJl hanya menurunkan 1/100 sahaja rahmatnya ke dunia, yang mana dengan rahmat tersebut kita berkasih sayang. Seorang ibu tidak akan tidur nyenyak pada malam hari sekiranya anaknya sakit, seorang sahabat turut merasa sakit tatkala melihat sahabat yang lain sakit serta banyak lagi fenomena kasih sayang antara sesama insan. Namun sedarkah kita semua, wahai hamba 4JJl, lagi 99 rahmatNya di simpan untuk diberikan kepada hamba2Nya yang betul2 memohon kepadaNya. Jadi, ana menyeru kepada para pembaca sekalian untuk kita sama2 mengejar 99 lagi rahmat 4JJl itu.

Sunday, July 4, 2010

...Surat Cinta...


Bismillah walhamdulillah...
Saat kau bangun pagi hari,
AKU memandangmu...
Berharap engkau akan berbicara kepada KU,
Walau hanya sepatah kata meminta pendapatKU atau bersyukur kepadaKU
Atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu

Hari ini atau kelmarin ...
Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk,
Mempersiap diri untuk pergi bekerja ...
AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap,
AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKU,
Tetapi, ternyata engkau terlalu sibuk ...



Di satu tempat, engkau duduk di sebuah kerusi,
Selama lima belas minit tanpa melakukan apapun
Kemudian AKU melihat engkau menggerakkan kakimu...
AKU fikir engkau akan berbicara kepadaKU,
Tetapi engkau berlari mendapatkan telefon
Menghubungi seorang teman untuk mendengarkan khabar terbaru



AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja
AKU menanti dengan sabar sepanjang hari
Dengan semua kegiatanmu, AKU fikir engkau
Terlalu sibuk mengucapkan sesuatu kepadaKU



Sebelum makan tengah hari,
AKU melihatmu memandang sekeliling,
Mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKU,
Itulah sebabnya mengapa engkau tidak menundukkan kepalamu.



Engkau memandang meja di sekitarmu,
Melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut namaKU dengan lembut,
Sebelum menyantap rezeki yang AKU berikan,
Tetapi engkau tidak melakukannya ...


Masih ada waktu yang tersisa,
AKU berharap engkau akan berbicara kepadaKU,
Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV,
Engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari di depannya,
Tanpa memikirkan apapun,
Hanya menikmati cerita yang disiarkan



Kembali AKU menanti dengan sabar,
Saat engkau menonton TV dan menikmati makananmu,
Tetapi... kembali kau masih tidak mahu berbicara kepadaKU...



Saat tidur, KU pikir kau merasa terlalu lelah,
Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu,
Kau melompat ke tempat tidur,
Tertidur tanpa sepatah pun namaKU kau sebut,



Engkau menyadari bahwa AKU selalu hadir untukmu,
AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari,
AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain,
AKU sangat menyayangimu,
Setiap hari AKU menantikan sepatah kata, do'a, ingatan atau rasa syukur dari hatimu,



Keesokan harinya ... engkau bangun kembali,
AKU menanti dengan penuh kasih,
Hari ini kau akan memberiku sedikit waktu untuk menyapaKU ...
Tapi yang KU tunggu2... tak kunjung tiba ... tak juga kau menyapaKU.



Subuh ... Zohor ...Asar...Maghrib ...dan Isya',
Kau masih melupakan AKU...
Tiada sepatah kata, seucap do'a atau harapan untuk bersujud kepadaKU...

Apa salahKU padamu ... wahai HAMBAKU?????
Rezeki yang KU limpahkan,
Kesihatan yang KU berikan,
Harta yang KU relakan,
Makanan yang KU hidangkan,
Anak-anak yang KU rahmatkan,
Apakah hal itu tidak membuatmu ingat kepadaKU...



Percayalah AKU selalu mengasihimu,
AKU tetap berharap suatu saat engkau akan menyapa KU,
Memohon perlindungan KU,
Bersujud kepada KU ...

Saturday, July 3, 2010

...Wudhuk Zahir & Batin...

Bismillah walhamdulillah...
Pertama sekali, ana memanjatkan setinggi- tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah mempermudahkan perjalanan Daurah Murabbi di medan kami. Satu daurah yang sangat penting untuk semua murabbiyah serta bakal murabbiyah. Daurah ini juga sangat penting untuk memastikan memastikan keberlangsungan dakwah di medan kami. Banyak cerita serta pengajaran di sebalik daurah tersebut. Namun, post kali nie tidak bermaksud untuk menceritakan tentang daurah tersebut. Kali nie, ana sekadar ingin berkongsi serba sedikit dengan para pembaca mengenai kata2 ustaz sewaktu menyampaikan bahan kepada kami. Bukan sekali 2 diingatkan, malah banyak kali ustaz mengingatkan kami. Katanya:

"Sangat penting untuk para ikhwah menunaikan solat berjemaah di masjid, manakala para akhwat pula perlu sangat2 untuk menjaga waktu solat dengan solat di awal waktu"

Begitulah penekanan tentang solat yang disampaikan oleh ustaz. Teringat pula kata2 Amru Khalid, seorang pengarang buku yang terkenal di dalam bukunya:

"Umat Islam akan menang sekiranya bilangan muslim yang solat berjemaah di masjid pada waktu subuh, menyamai bilangan muslim yang solat jumaat berjamaah"

Namun, fenomena yang berlaku sekarang amatlah menyedihkan. Bilangan muslim yang solat subuh berjemaah di masjid sangat sedikit. Boleh dikatakan 1-2 saf sahaja. Malah lebih parah lagi, tak cukup satu saf pun. Ada juga yang lebih kritikal, yang mana hanya imam sahaja yang datang. MasyaAllah...macam mana Islam nak menang??? Tepuk dada, tanya iman.

Di sini, ana ingin menyeru umat islam sekalian untuk menjaga solat, kerana solat adalah amalan yang pertama sekali akan di tanya di akhirat kelak. Ia adalah tiang agama, tiang yang akan menegakkan agama islam di atas muka bumi ini. Kepada umat muslim, solatlah secara berjemaah di masjid, manakala kepada umat muslimah, solatlah di awal waktu. Sekiranya masing2 dari kita menjaga solat, InsyaAllah, islam akan tertegak di atas muka bumi ini sebagaimana kata2 As-Syahid Hasan Al-Banna"

"Tegakkanlah islam di hatimu, nescaya islam akan tertegak di atas muka bumi"

Sekadar renungan bersama...
Satu cerita mengenai wudhuk zahir & batin...


Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya,

"Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata,

"Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya,

"Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim menjawab,

"Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata,

"Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1. Aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan
menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku
rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

P/s: Ibadah kita pula macam mana??? Pernahkan kita menangis mengenangkan ibadah kita? Pernahkan kita menangis kerana kurangnya ibadah kita? Pernahkah kita menangis kerana tidak khusyuknya solat kita??? Tepuk dada, tanya iman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...