Saturday, July 10, 2010

...Keyakinan Itu...

Bismillah walhamdulillah...
“Kak Irah, ana nak tanya sikit boleh?” tanya Ukht Mila (bukan nama sebenar) pada ana sewaktu sama2 berjalan ke Pantai Bukit Keluang. “Boleh2 , tanya banyak pun tak pe. Nape anti nak nikah ke?” jawab ana sambil bergurau disertai dengan gelak ketawa. Bukan apa, gurauan tu sekadar menambahkan lagi penyeri dalam perbualan kami pada pagi tu. “Eeii...Kak Irah nie, ke situ pulak. Ini bukan pasal nikah laa” jawab Ukht Mila sambil tersipu-sipu menahan malu. “Ana nak tanya, macam mana nak bawa ta’lim nie? Kadang2 ana rasa tak bersedia lagi? ”.
“ooo...rupa2nya itu persoalan yang sedang bermain di fikiran akhwatku ini. Bagus la...at least, akhwatku ini sudah bersedia untuk menggalas tugas yang mulia, tugas yang pernah di galas oleh para anbiya’ suatu masa dulu”, monolog ana dalam diri. “Ukht, nak bawa ta’lim nie senang je. Ana yakin anti boleh bawa. Bukan susah mana pun. Cuma untuk permulaan, anti bawa la anak ta’lim anti tu jalan2 tengok segala kebesaran Allah. Aplikasikan 7 tahapan dakwah fardhiah yang ana pernah bagi tu. Sebagai contohnya, anti bawa la anak ta’lim anti berlajan-jalan di sekitar maktab nie. Kemudian tengok la alam sekeliling. Tengok bagaimana kejadian pokok. Dari satu biji benih, bagaimana pokok itu boleh mengeluarkan batang, ranting, daun, bunga serta buah. Jika difikir secara logik, agak susah untuk diterima akal juga kerana ianya cuma berasal dari satu biji benih. Tapi ukht, semua tu tak mustahil bagi Allah. Bila Allah kata ‘jadilah’, maka menjadi la ia dan tiada sesiapa mahupun apa2 jua yang boleh menahannya. Ukht, hanya manusia yang ingin mengambil pengajaran sahaja yang akan berfikir tentangnya. Lagi satu, kalau bercakap tentang ‘yakin’, ia adalah satu perasaan yang harus dipupuk, bukan hanya menunggu untuk keyakinan itu datang. Memang wajar jika kita kurang yakin untuk permulaannya, kerana kita tiada pengalaman.
Tapi, jangan biarkan keyakinan itu terus lenyap. Anti bawa je ta’lim. Ana yakin, bila anti pegang ta’lim nanti, anti akan rasa lebih bertanggungjawab pada anak ta’lim anti. Anti akan rasa lebih bersemangat untuk melihat mereka bersama-sama dengan kita menyebarkan islam di atas muka bumi nie. Soal keyakinan, bukan menjadi persoalan utama lagi bagi anti” jawab ana panjang lebar.
Agak letih juga bercakap sambil berjalan nie. Tapi, tidak mengapa kerana inilah masa yang ana ada untuk memahami dan menyelami perasaan serta menyelesaikan permasalahan akhwat di medan. Sebelum nie, hanya mengenali beberapa akhwat je. Akhwat2 yang lain tu, mungkin mengenali dari luaran sahaja, tapi bila dah kenali dengan lebih dekat, baru la ana tahu dan kenali seseorang akhwat tu. Sebab itulah, sewaktu ana di UPC dulu, dalam apa2 program pun, kami akan ‘pair’kan akhwat senior dengan akhwat junior. Supaya akhwat senior boleh memahami dan memahamkan akhwat junior.
Ukht Mila mengangguk-angguk tanda faham. Ana sempat berkongsi beberapa hadis dengannya. Antaranya ialah:
قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم لِعَلِيٍّ: ((فَوَاللَّهِ لَأَنْ يَهْدِيَ اللَّهُ بِكَ رَجُلاً خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَنْ يَكُونَ لَكَ حُمْرُ النَّعَمِ))
(رواه البخاري ومسلم وأحمد)
Sabda Rasulullah saw kepada Ali bin Abi Thalib: “Demi Allah, sesungguhnya Allah swt menunjuki seseorang dengan (dakwah)mu maka itu lebih bagimu dari unta merah.” (Bukhari, Muslim & Ahmad).

Ibnu Hajar Al-‘Asqalani ketika menjelaskan hadits ini mengatakan bahwa: “Unta merah adalah kendaraan yang sangat dibanggakan oleh orang Arab saat itu.” Hadits ini menunjukkan bahwa usaha seorang da’i menyampaikan hidayah kepada seseorang adalah sesuatu yang amat besar nilainya di sisi Allah swt, lebih besar dan lebih baik dari kebanggaan seseorang terhadap kendaraan mewah miliknya.

Dalam riwayat Al-Hakim disebutkan:

يَا عَلِيُّ، لَأَنْ يَهْدِيَ اللهُ عَلَى يَدَيْكَ رَجُلاً خَيْرٌ لَكَ مِمَّا طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ »(رواه الحاكم في المستدرك)
Wahai Ali, sesungguhnya Allah swt menunjuki seseorang dengan usaha kedua tanganmu, maka itu lebih bagimu dari tempat manapun yang matahari terbit di atasnya (lebih baik dari dunia dan isinya). (HR. Al-Hakim dalam Al-Mustadrak).

Semoga dengan perkongsian ini mampu sedikit sebanyak membakar semangat Ukht Mila untuk terus yakin membawa ta'lim sekaligus menyebarkan islam di atas muka bumi nie...Yakinlah ukht, anti akan mendapat pahala yang berterusan sekiranya seseorang itu memanfaatkan segala ilmu yang anti curahkan.

p/s: Teruskan berbuat ukhti...semoga suatu hari nanti, engkau bisa menjadi qudwah kepada akhwat2 lain. Kepada akhwat2 lain, aplikasikan iilmu dan segala input yang an2nna dapat sewaktu daurah murabbi. Jadilah seperti air sungai yang mengalir darripada air kolam yang bertakung. Kerana air sungai yang mengalir, airnya akan bersih. ia ibarat seseorang yang sentiasa menyampaikan segala ilmu yang di milikinya untuk manfaat orang lain. Tidak seperti air kolam yang bertakung, airnya sangat kotor dan busuk. Ia ibarat orang yang berilmu tetapi tidak menyampaikan kepada orang lain.

3 comments:

Nur Islah said...

jzkk ukht :)

'''...Hanya Hamba...''' said...

sama2...

Nur Islah said...

ana minta izin share hasil tulisan ni ye. Moga bermanfaat juga bagi insan lain yg memerlukannya =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...