Saturday, June 26, 2010

...40 Ulama Muda Masuk UMNO...

Bismillah walhamdulillah...

Malam tadi ana ada dengar dari berita Buletin Utama di TV3 yang memberitahu bahawa 4O ulama masuk UMNO. Untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut mengenai isu nie, ana pun surf la internet. Buka laman web Berita Harian Online. Tapi agak hampa coz berita pasal isu nie tak de lagi. Terpaksa la bersabar sikit coz ana tau isu nie mesti hangat dan mesti ramai lagi orang kat luar sana nak tahu.

Pe2 pun, ana copy artikel nie untuk bacaan umum. Sama2 doakan semoga dengan kemasukan para ulama' ke dalam UMNO, bisa menggencarkan lagi dakwah mereka serta membimbing dan memperbaiki apa2 kesalahan yang berlaku. Semoga diperkuatkan semangat untuk berdakwah dan tidak gentar untuk menegakkan kebenaran dalam menuju negara islam. Bersesuaian dengan satu hadis:

"Katakanlah yang benar sekalipun ianya pahit"


Oleh Anwar Hussin dan Faiza Zainuddin
bhnews2bharian.com.my
2010/06/26

NAJIB sambil diperhatikan Muhyiddin menerima borang daripada Fadlan pada majlis penyerahan borang keahlian ulama muda di Ibu Pejabat UMNO, di Kuala Lumpur, malam tadi.


Bekas Mufti Perlis dijangka mohon jadi ahli bersama kumpulan lain

KUALA LUMPUR: Seramai 40 ulama muda profesional, termasuk berkelulusan sarjana dan doktor falsafah (PhD) menyertai UMNO malam tadi, bagi membantu menyemarakkan gerak kerja dakwah dalam parti itu dan di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata penyertaan kumpulan pertama itu akan diikuti lebih ramai ulama dalam masa terdekat ini dengan menjadi ahli.

“Ulama tulen ini akan tegur perkara tidak benar dan sebut perkara yang benar. Ulama tulen meletakkan agama sebagai prinsip perjuangan, tidak memihak kepada mana-mana.

“Mereka ini punyai pengikut yang ramai dan UMNO menyediakan platform kepada mereka untuk melaksana aktiviti dakwah khususnya kepada generasi muda,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan borang keahlian ulama muda di Ibu Pejabat UMNO di sini, malam tadi.

Borang keahlian itu diserahkan wakil ulama diketuai Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak. Turut hadir Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ditanya mengenai ketidakhadiran Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang disebut antara ulama yang akan menyertai UMNO, Shahidan yang juga bekas Menteri Besar Perlis berkata, bekas Mufti Perlis itu dijangka menyertai Umno bersama kumpulan lain secara berperingkat.
“UMNO terdiri daripada dua kumpulan, iaitu ahli UMNO dan penyokong dan Asri tergolong dalam kumpulan kedua yang akan masuk bila sampai masanya,” katanya yang tidak tahu bila jangka masa berkenaan.

Sementara itu, Penasihat Agama Institut Jantung Negara, Fathul Bari Mat Jahya, 29, berkata, jalan berdakwah yang dibentangkan UMNO kepada ulama muda tidak boleh dilepaskan begitu saja bagi mereka mencintai Islam.

Beliau berkata, UMNO memberi mereka platform untuk bergerak bebas mendekati masyarakat serta menasihati perkara yang mungkar, termasuk kepada pemimpin.
“Kami tidak mempunyai tujuan politik, niat kami ikhlas untuk berdakwah kepada masyarakat dan peluang ini harus kami terima,” katanya.

Ketika ditanya mengapa tidak memilih parti Melayu lain seperti PAS atau Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fathul berkata, UMNO mendekati mereka untuk memberi peluang dalam melakukan kerja berdakwah.

Ketua Jabatan Universiti Madinah Antarabangsa di Shah Alam, Ahmad Fauzan Yahya, 30, berkata, kemasukannya dalam UMNO bukan bertujuan untuk berpolitik, tetapi untuk berdakwah.

“Kami dijanjikan platform yang baik untuk berdakwah, mengapa perlu kami menolaknya,” katanya.

Beliau berkata, kemasukan mereka dalam UMNO juga adalah satu peluang untuk golongan ulama untuk mendekati pemimpin dan menegur mereka jika perkara mungkar dilakukan.

Sementara itu, Fadlan berkata, mereka mewakili kumpulan ulama muda akan bekerjasama dengan UMNO dalam hal berkaitan agama dan kerohanian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...