Friday, June 25, 2010

...Mabit Bersama...


Bismillah walhamdulillah...


Alhamdulillah, ana baru je balik dari mabit di rumah seorang akhwat di Bachok...Apa itu mabit? Mabit nie adalah Malam Bina Iman Taqwa. Malam untuk bersama-sama mendekatkan diri kepada ALLAH. Ia adalah salah satu dari sarana tarbiyah yang bertujuan untuk merefreshkan serta men"top up"kan balik iman yang sedia ada serta untuk menjalinkan ukhuwah sesama akhwat. Mabit kali nie dimulakan dengan solat isyak berjemaah, kemudian makan2 sikit. Pahtu ia diteruskan dengan pengisian sirah tokoh oleh seorang akhwat terpilih, merangkap lecturer di sebuah politeknik. Satu pengisian yang sangat santai dan agak menarik serta banyak berkomunikasi dengan audiens untuk menceriakan lagi majlis. Tokoh untuk sirah tokoh pada bulan ini adalah Salman Al-Farisi.

Pengisian tersebut tamat lebih kurang jam 11.45 malam. Semua yang hadir tersenyum puas hati kerana mendapat info serta ibrah yang sangat berguna dari kisah tersebut. Sebelum kami semua tidur, kami dikehendaki membaca serta mentadabburi surah Maarij.

Disebabkan mata pun dah mengantuk, ditambah pula kena bangun jam 4.30 pagi, maka kami terus tidur. Masing2 tidur, dengan memasang niat untuk bangun jam 4.30 pagi.

Jam 4.30 pagi, kami sume bangkit dari tidur dah bersiap-siap untuk qiam. Ada gak la yang bangun lambat sikit. Kebanyakannya para ibu, mungkin susah nak bangun sebab tidur bersama anak, dikhuatiri bili bangun, anak pun akan terjaga gak.

Kami dibenarkan untuk qiam sendiri2 dari jam 4.30-5.00 pagi. Terpulang la pada individu tue nak solat sunat apa. Tapi solat sendiri2 tue sampai jam 5.00 pagi je, pahtu kami semua akan solat sunat berjemaah. Usai saja solat sunat witir, azan subuh berkumandang. Kami pun solat subuh berjemaah, dengan imam membacakan surah as-sajjadah pada rakaat pertama. Begitulah rutin qiam kami, imam akan membacakan surah As-Sajjadah dalam solat subuh.

Mabit kami tidakterhenti di sini. Masih lagi ada satu slot iaitu tazkirah subuh. Pentazkirah kali nie memilih tajuk "jujur" untuk di kongsikan bersama. Apa yang bestnya, masukan serta info2 berguna dari para ustazah yang turut hadir memeriahkan lagi mabit kali nie.

InsyaAllah, jika ada masa dan kelapangan, ana akan kongsikan sedikit sebanyak cerita tentang Salman Al-Farisi nanti. Nak citer sekarang dah tak larat laa. Mengantuk, malam tadi tidur jam 2 pagi, bangun plak jam 4.25 pagi. So, ana nak tidur la jap.

Wassalam...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...