Tuesday, May 19, 2009

"Liqa' Negeri"

Alhamdulillah, selamat sampai ke bumi kelantan tepat jam 3.50 pagi 18 mei. Setelah sekian lama berada di negeri orang.

Namun, pulang bukan semata-mata kerana bercuti. Tapi membawa misi yang sangat besar. Liqa' negeri, InsyaAllah esok, 20 mei di Masjid Muhammadi Kota Bharu, jam 8.30 pagi.
Doakan moga berjalan dengan lancarnya.

Thursday, May 14, 2009

"Couple, bolehkah?"

Kami tidak berzina!
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya berbual, berbincang, bertanya khabar, minum2. Adakah itu menghampiri zina?
Ya, perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu?
Hari ini, ya. Esok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya.iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dengan tipu dayanya yang halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Siapalah kita jika dibandingkan dengan Adam dan Hawa? Iblis amat licik. Pengalamannya banyak. Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah:

“Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan (Tabrani)”

Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis laknatullah.

Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada perzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!
Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada satu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah:

“Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya ialah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman” (Muslim dan Abu Daud)

Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu, Allah tahu apa yang terselit di hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia. Akhirat lagi la. Jangan berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah mengikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh Malaikat Raqib dan A’tid?

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Nie study group.
Study group?...nampak lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Ke mana-mana pun berdua. Kalu ye pun, carilah group member ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan camni, betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap je bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh bincang pelajaran.
Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tidak ada perasaan apa2? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu! Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kami sama-sama belajar, study group,saling member semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat rahmat dan berkat pula.

Takkan tak ada langsung ruang yang dibenarkan daam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian dari kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan dating membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh untuk membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi dan sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa jkalau perasaan itu dating tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya hambar tanpa naluri.

Tentu ada cinta secara Islam.
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta selepas berkahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa “sesuatu” sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda rasulullah:

“Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah (Ibn Majah)”

Cinta adalah maruah manusia, ia terlalu mulia.

Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada perzinaan?
Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan, kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam. Bukankah mereka semakin hamper dan dekat dengan perzinaan? Penghujung jalan cinta adalah perzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kea rah perzinaan dan kesengsaraan? Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta tetapi selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Allah yang menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah, takut manusia akan kecundang.

Jadi, manusia itu tidak tahan di uji?
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan denga ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaanNya. Manusia tidak tahan di uji. Oleh itu, Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok khuldi itu. Firman Allah:

“Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja yang kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim”(Al-A’raf:19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Kerana tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina, maka jalan kea rah perzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan perzinaan, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum buat keputusan untuk berkahwin.
Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk ada yang akan memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dengan bumi. Masa bercinta dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan masa dalam bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepura-puraan dan hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini. Allah tidak mencintai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit…adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta…
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya Nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa sahaja sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.

Jadi, seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga dirinya, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi kerana cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Oleh sebab itu, ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang-orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadi maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman:

“Lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik, dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki yang musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang beriman”(An-Nur:3)


Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana perempua yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati.
Apa ada pada janji. Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan harap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seorang wanita sebagai isterinya dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia satu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu. Mana ada lelaki normal yang suka pada barang yang “second hand” sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di “show room” sahaja:display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula yang kata, sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu ke hilir. Sedihkan! Itulah hakikatnya.

Masih adakah orang yang tidak bercinta pada zaman ini?
Ya. Masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlahnya kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah:
“Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melekukan zina), Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar”(Al-Ahzab:35)

Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Kami ingin mendapat redha Allah. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha?
Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:

1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
2. Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
3. Berazam. Bertekad dalam hati,tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seorang yangbbernama isteri atau suami. Saatnya ialah, selepas ijab qabul.

KITA BERPISAH KERANA ALLAH, ANDAI ADA JODOH TIDAK KE MANA.

Tuesday, May 12, 2009

...Selamat Hari Ibu...



Satu renungan untuk insan yang bergelar “ANAK”
Orang kata aku lahir dari perut mak-->(bukan org kata...memang betul) 

Bila dahaga, yang susukan aku....mak 
Bila lapar, yang suapkan aku....mak 
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak 
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....mak

Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak 
Bila nak bermanja, aku dekati....mak 
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya......mak 
Bila nakal, yang memarahi aku.....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak

Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak 
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak 
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak 
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam lauk pauk......mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak 
Yang selalu berleter kat aku...mak

Yang selalu puji aku.....mak
Yang selalu nasihat aku....mak 
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri.... 

Bila seronok, aku cari.......pasanganku-->Bila sedih, aku cari.......mak 
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku-->Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat.....pasanganku-->Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku-->Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak 

Selalu.. aku ingat pasanganku-->Selalu.. mak ingat kat aku 
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku-->Entah bila... aku nak talipon mak 
Selalu, aku belikan hadiah untuk pasanganku-->Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak



Renungkan: 

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk mak? 
mak bukan nak banyak.... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".... 
Berderai air mata jika kita mendengarnya......... 

Tapi kalau mak sudah tiada.......... 


MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT.... 

Muhasabah Diri 
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... 
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... 
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya...... 
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya........

Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan
luka kudis ibunya.... 
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga
ibunya...... 


dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH
ibunya......

Sunday, May 10, 2009

...Agenda Yahudi laknatullah...



Seminit untuk kita beringat...
DI INGATKAN SEMULA supaya tak lupa...
Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara....

1… Song...
Lagu-lagu yang menghiburkan. .jika ada anak-anak yang
tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang
panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah....tapi
boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa
depa..... berjaya sudah Yahudi..... Hingga kita terfikir.... ..
bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2...Sex...
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex di mana-mana..
di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah...
kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua
sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex...
filem 18SX amat laris berbanding filem U...
VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah...
Adakah filem yang tiada adegan sex?
Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah. .......

3...Smoke...
Rokok..menjadi kegilaan para remaja....
sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok...
malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan
yang kononnya mau di gelar 'up to date'..
Dulu yang merokok ini golongan ****** saja.... ataupun penari
kabaret..... .( aku tengok dari filem P Ramlee )....

4...Sport...
Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan
perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan....
hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga....
Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali,
sembahyang pun banyak yang miss.....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.. ...
yang menonton pun tak sembahyang juga .......
Kalau menonton dirumah.... akan lambat sembahyang sebab takut tak
nampak macam mana masuk GOL......
Yahudi gol lagi.......sampai ada ulamak kata...kerana sukan
...sembahyang boleh tangguh...Mashaalla h,..

5...Fun…
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. ..
Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan..
termasuklah majalah mangga.....
Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga
menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert....
pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6...Female...
Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan. .
terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena
mengena dengan perempuan... . Kalau kita ke kedai bateri kereta....
dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi.....
apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?.. .
kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya...
Yahudi bersorak lagi......

7...Fashion...
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam. .
sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat....
Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat
yang kekadang menampakkan pusat?
Yang mewarnakan rambut lagi teruklah...
Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.. ...
Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau
bertudung..bagaiman a nak menayangkan warna rambut yang terkini itu...
Kalau dah rambut diwarnakan.. .. sembahyang pun tak sah...
malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air...
itu tak kira yang cukur bulu kening lagi...

Yahudi ketawa lagi....
Umat islam sudah jadi macam Yahudi.....

8...Food...Makanan...
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah
MC D, Kentucky , Pizza hut...dan seribu satu macam lagi...
Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina....
masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan...
tapi makanan Barat menjadi kebanggaan.. .
Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang
halalnya? Contoh Kentucky ....rempahnya datang dari Amerika....
siapa nak pergi check...halal ke tidak?
Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap...
Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam
yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubillah.....
Yahudi makan Islam lagi...

Itu baru protokol yang ke 10......
yang lain-lain entah macam-macam
lagi.... aku cinta Malaysia .....tapi lebih cintakan
ALLAH....... ....... oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan
manusia dengan kepentingan Allah......

...UTAMAKAN KEPENTINGAN ALLAH...

Friday, May 8, 2009

...Sukaneka Tadika PINTAS...

Alhamdulillah, 3 mei yang lalu, ana terlibat secara langsung dalam menjayakan sukaneka Tadika PINTAS (Pintar Anak Soleh). Sukaneka yang julung2 kalinya diadakan...Bertindak sebagai urusetia yang membawa pelajar dari khemah ke tempat persediaan. Macam2 ragam anak2 PINTAS yang ana lalui...semuanya memerlukan perhatian dan juga penyelesaian dari semua urusetia dan juga AJK.

Ragam anak2 didik PINTAS

Sukaneka ini bermula lebih kurang jam 0730 pagi dengan pendaftaran anak2 PINTAS dan berakhir jam 1100 pagi. Pelbagai acara dilangsungkan antaranya ialah pecah belon, lari berkembar, tuju tin, isi air dalam botol, mencari harta karun dll. Alhamdulillah, sukaneka ini mendapat sokongan padu dari ibu bapa serta masyarakat sekeliling. Malah, kebanyakan ibu bapa tak betah berada di bawah khemah yang disediakan kerana masing2 tidak ingin melepaskan peluang menyaksikan dan memberikan sokongan kepada permata hati. Masing2 inginkan anak2 mereka menang. Namun, adat permainan ada yang menang dan ada juga yang kalah.

Tidak lupa juga acara untuk para ibu bapa yang hadir. Antaranya ialah acara pengikat kasih di mana memerlukan penglibatan ibu, bapa dan anak untuk satu pasukan. Acara ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di kalangan para ibu bapa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...