Saturday, July 3, 2010

...Wudhuk Zahir & Batin...

Bismillah walhamdulillah...
Pertama sekali, ana memanjatkan setinggi- tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah mempermudahkan perjalanan Daurah Murabbi di medan kami. Satu daurah yang sangat penting untuk semua murabbiyah serta bakal murabbiyah. Daurah ini juga sangat penting untuk memastikan memastikan keberlangsungan dakwah di medan kami. Banyak cerita serta pengajaran di sebalik daurah tersebut. Namun, post kali nie tidak bermaksud untuk menceritakan tentang daurah tersebut. Kali nie, ana sekadar ingin berkongsi serba sedikit dengan para pembaca mengenai kata2 ustaz sewaktu menyampaikan bahan kepada kami. Bukan sekali 2 diingatkan, malah banyak kali ustaz mengingatkan kami. Katanya:

"Sangat penting untuk para ikhwah menunaikan solat berjemaah di masjid, manakala para akhwat pula perlu sangat2 untuk menjaga waktu solat dengan solat di awal waktu"

Begitulah penekanan tentang solat yang disampaikan oleh ustaz. Teringat pula kata2 Amru Khalid, seorang pengarang buku yang terkenal di dalam bukunya:

"Umat Islam akan menang sekiranya bilangan muslim yang solat berjemaah di masjid pada waktu subuh, menyamai bilangan muslim yang solat jumaat berjamaah"

Namun, fenomena yang berlaku sekarang amatlah menyedihkan. Bilangan muslim yang solat subuh berjemaah di masjid sangat sedikit. Boleh dikatakan 1-2 saf sahaja. Malah lebih parah lagi, tak cukup satu saf pun. Ada juga yang lebih kritikal, yang mana hanya imam sahaja yang datang. MasyaAllah...macam mana Islam nak menang??? Tepuk dada, tanya iman.

Di sini, ana ingin menyeru umat islam sekalian untuk menjaga solat, kerana solat adalah amalan yang pertama sekali akan di tanya di akhirat kelak. Ia adalah tiang agama, tiang yang akan menegakkan agama islam di atas muka bumi ini. Kepada umat muslim, solatlah secara berjemaah di masjid, manakala kepada umat muslimah, solatlah di awal waktu. Sekiranya masing2 dari kita menjaga solat, InsyaAllah, islam akan tertegak di atas muka bumi ini sebagaimana kata2 As-Syahid Hasan Al-Banna"

"Tegakkanlah islam di hatimu, nescaya islam akan tertegak di atas muka bumi"

Sekadar renungan bersama...
Satu cerita mengenai wudhuk zahir & batin...


Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya,

"Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata,

"Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya,

"Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim menjawab,

"Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata,

"Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1. Aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan
menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku
rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

P/s: Ibadah kita pula macam mana??? Pernahkan kita menangis mengenangkan ibadah kita? Pernahkan kita menangis kerana kurangnya ibadah kita? Pernahkah kita menangis kerana tidak khusyuknya solat kita??? Tepuk dada, tanya iman.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...