Friday, July 9, 2010

...Mencari Kekuatan dan Ketenangan...

Bismillah walhamdulillah...

"Jam 9 malam". Kurang 3 jam dari sekarang. Itulah masa yang ana tunggu2. Masa untuk ana bertolak ke KL untuk bersama-sama akhwat2 yang sudah agak lama tidak berjumpa. Sudah semestinya, pelbagai persoalan serta perkembangan dakwah akhwat lain akan menjadi persoalan bagi ana untuk mengetahuinya. At least, dengan mendengar perkembangan dakwah mereka, ana menjadi lebih kuat untuk membawa dakwah di sini.

Suatu masa dulu, ana rasa sangat berat untuk memikul amanah dakwah di sini. Pelbagai perkara baru terpaksa ana tempuhi dan pelajari; medan baru, akhwat baru, strategi dakwah baru dan banyak lagi. Kadang2 membuatkan ana merasa lemah untuk berhadapan dengan cabaran2 yang akan mendatang. Cabaran2 yang belum pasti bagaimanakah penyelesaiannya. Namun, bila berjumpa dengan akhwat2 yang lain (tambah2 lagi akhwat yang sama2 mengembangkan dakwah di UPC suatu masa dulu), berbual dan berkongsi pelbagai suka dan duka, semangat ana kembali pulih. Kekuatan dan ketenangan mula bertambah. "oh..rupanya bukan ana sorang saja punyai masalah. Akhwat lain pun sama gak". "rupanya masalah akhwat nie lebih besar dari masalah ana"...itulah antara monolong ana. Dengan monolog inilah ana mampu bangkit dari perasaan lemah. Kadang2 ana merasa lemah, tapi bila melihat dan mendengar akhwat lain turut melemah pabila banyak ujian mendatang, dengan serta merta ana menjadi kuat, seolah-olah tiada masalah. Dan menjadi kebiasaan bagi ana, untuk cuba nasihatkan dan menaikkan kembali semangat akhwat itu,

"akak, orang yang bersusah-suah di jalan Allah nie banyak ganjarannya. Semakin susah ujian yang Allah timpakan, semakin besar ganjaran yang Allah nak bagi pada akak. Akak patut bersyukur kerana Allah memilih akak untuk diberikan ujian nie. InsyaAllah, akak mampu mengatasinya sebagaimana firman Allah dalam surah al- baqarah, ayat 286, yang berbunyi..."

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...(2:86)"




Ana tak mampu untuk menahan air mata dari terus menitis, kerana ana tahu akhwat tu sedang berdepan dengan cabaran dakwah yang lebih besar dari ana. Ana dapat merasai betapa beratnya bebanan itu. Namun, ana cuba sedaya upaya untuk sembunyikan perasaan sedih itu, menyembunyikan titisan air mata yang keluar, kerana ana tahu akhwat ini memerlukan satu taujih yang mampu membakar semangatnya kembali. "InsyaAllah ukhti, ana cuba untuk memenuhi hak2 anti sebagai seorang akhwat. Ana cuba untuk membakar kembali semangat anti untuk terus bergerak di medan dakwah, medan warisan para anbiya". Tanpa ana sedari, setiap taujih dan nasihat yang ana berikan kepada akhwat lain, memberi kesan pada diri ana sendiri. Seolah-olah ana menasihati diri ana sendiri. Menasihati diri ana sendiri untuk lebih kuat dan tenang berhadapan dengan ujian yang akan mendatang. Subhanallah...


Untuk program kali nie, segala persiapan telah pun siap. Sebenarnya hari khamis lagi dah packing baju2 nie. Tak sabar nak ke program dan nak jumpa akhwat. Mak ana pun hairan tengok ana. Huhu...ana senyum je la. Hanya ana yang tahu sebabnya. "Wahai diri, pasanglah niat banyak2...niat untuk mendapat sebanyak mungkin ilmu yang bermanfaat dalam program nie, niat untuk mengeratkan lagi ukhuwah yang terbina dll... " , nasihat ana pada diri. Semoga program kali nie mampu memberikan kekuatan dan ketenangan pada ana.

p/s: Agak letih dan penat coz pagi tadi rehlah bersama akhwat tersayang, di tambah pula dengan kesihatan yang agak terganggu. Semoga Allah permudahkan perjalanan ana malam nie.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...