Saturday, January 15, 2011

Indahnya ukhuwwah kerana 4JJl - Part 2

Bismillah Walhamdulillah...

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi memberi ruang dan peluang untuk menyambung semula entry yang sebelum nie. Jutaan kemaafan juga dipohon kerana sudah lama tak update blog nie. Maklumlah, agak sibuk dengan kerja-kerja di sekolah. Tambahan pula, kesihatan diri tidak berapa mengizinkan. "Demam, pening, batuk dan selesema" silih berganti. Ujian dari Allah, untuk diri ini semakin dekat denganNya.

*****
Keputusan X-ray
Setelah di x-ray dan dilakukan pemeriksaan lanjut, akhirnya Ukht Amnah dirujuk kembali ke Hospital Kampar. Keputusan tersebut menunjukkan bahawa tiada apa2 kesan yang berlaku padanya. Syukur alhamdulillah, keputusan ini sedikit sebanyak melegakan kami semua, seolah-olah penantian kami selama 3 jam berbaloi sebaik sahaja mendengar keputusan ini.

Hospital Kampar
Sekali lagi kami semua berpatah semula ke Hospital Kampar untuk bersama-sama menemani Ukht Amnah di sana. Maklumlah, family Ukht Amnah berada di Negeri Sembilan. Untuk mereka sampai di sini, agak mengambil masa. Tambahan pula, mereka mengalami masalah kenderaan. Faktor tersebut melambatkan lagi proses untuk mereka sampai di sini. Kemungkinan esok pagi baru mereka sampai. 

Sekali lagi, atas desakan ukhuwwah, kami tidak sampai hati untuk meninggalkan Ukht Amnah sendirian di wad itu. Setelah berbincang, kami membuat keputusan untuk Ukht Solihah bermalam di wad tersebut sekaligus menemani Ukht Amnah pada malam itu. Kami risau seandainya Ukht Amnah tersedar dan memerlukan apa2 pertolongan. Jururawat tak de ke???Jururawat ada je, cuma kami tak sampai hati untuk meninggalkan Ukht Amnah keseorangan di wad itu, tanpa teman di sisi.
 
Setelah meninggalkan Ukht Solihah untuk menemani Ukht Amnah di Hospital Kampar, kami sekali lagi menuju ke Ipoh. Menuju ke rumah Ukht Ima untuk bermalam. Nasib baik  rumah Ukht Ima di Ipoh, boleh la kami semua tumpang bermalam. Sebaik sahaja sampai, kami berbual seketika dengan emak Ukht Ima. Menceritakan sedikit sebanyak tentang apa yang berlaku sepanjang hari tersebut.

Selesai sahaja bercerita, mata kami mula mengantuk. Emak Ukht Ima seolah-olah memahami dan menyuruh Ukht Ima untuk membawa kami semua untuk berehat di dalam bilik.

Keesokkan Hari
Lebih kurang jam 9 pagi, Ukht Solihah menelofon kami menyatakan bahawa family Ukht Amnah sudah sampai dan ingin membawa Ukht Amnah balik ke Negeri Sembilan. Lalu, kami terus bersiap untuk ke Hospital Kampar sekali lagi.

Di Hospital Kampar, kami sempat bertemu muka dan berkenalan dengan family Ukht Amnah. Mereka mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kami atas pertolongan tersebut. Kami hanya tersenyum dan tiada apa-apa perkataan yang mampu kami ucapkan kerana segala pertolongan itu adalah kerana atas dasar ukhuwwah fillah, tanpa mengharap apa2 balasan sekalipun.

Lebih kurang jam 11 pagi, Ukht Amnah dan family mula bertolak pulang ke Negeri Sembilan.  Kami pula, masing2 mula mengorak langkah untuk pulang ke kampung masing2 memandangkan cuti semester baru bermula...Semoga ukhuwwah ini kekal untuk selamanya...Amiiin.
 

 

 
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...