Thursday, April 23, 2009

"Bakal Pemimpin"

Inilah dia wajah2 ceria anak2 saudara ana yang suatu masa nanti akan menjadi pemimpin...Tak kisahlah sama ada menjadi ketua kelas, pengawas, perdana menteri dll. Asalkan pemimpin. Actually ramai lagi anak saudara ana tetapi cukuplah dengan yang ini dulu. Yang lain akan cuba ana postkan kemudian.

Rindunya...


Dah lama rasanya diri ini tidak bertemu dengan insan yang melahirkan, "ibu". Insan yang paling disayangi dalam kehidupan di alam dunia ini. Insan yang tidak pernah mengeluh apatah lagi merungut tatkala terpaksa melayan karenah kami adik-beradik yang pelbagai. Insan yang sanggup berjaga malam untuk menyara kehidupan kami sekeluarga demi mendapatkan pendidikan yang sempurna, sesempurna orang lain. Tapi kini, ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Ilahi kerana segala pengorbananmu tidak sia2. Kini engkau mampu tersenyum melihat kami semua.

Entah mengapa sejak kebelakangan ini, ingatanku sering teringatkanmu, ibu. Ya ALLAH, berikanlah kesempatan waktu untuk kami...

Buatmu Ibu
(AEMAN)

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

Wednesday, April 22, 2009

Quran Syamil Harfiah Perkata

Hanya:RM130/pcs

Kepada Umat Islam yang ingin memahami Al-Quran

"Fahami al Quran dan Pelajari Bahasa Arab dengan Al Quran SyamilTerjemahan PerKata (Harfiah)"

-Anda bermasalah untuk memahami makna Al-Quran ?
-Adakah anda bermasalah untuk khusyu' dalam solat kerana tidak memahami apa yang dibaca?
-Apa yang menyebabkan anda tidak berasa tenang apabila membaca Al-Quran, sedangkan sepatutnya begitu ?

Assalamualaikum ,
Memperkenalkan, Al-Quran Syaamil Harfiah (PerKata).
Di import daripada Indonesia, dan terjamin kualitinya.
Pembaca akan dapat mempelajari bahasa Arab secara terus kerana setiap perkataan dalam Al-Quran Syaamil Harfiah ini, disertai maksud.

Ciri ini sangat sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai kemahiran berbahasa Arab dan mereka yang tidak sempat untuk menyemak maksud perkataan daripada Kamus.
Selain daripada itu, Al-Quran Syaamil Harfiah ini juga, di sertai dengan terjemahan di bahagian tepi muka surat.
Ciri ini memberikan kemudahan kepada para pembaca untuk menghayati makna Al-Quran lalu mempraktikkan dalam kehidupan harian.

Maksud firman Allah dalam surah Ali Imran ayat yang ke 7 ;

" Dialah yang menurunkan Al-Kitab (Al-Quran_ Kepada kamu. Di antara (isi)nya ada ayat-ayat yang muhkamaat itulah pokok-pokok isi Al-Quran dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat.
orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyabihaat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari ta'wilnya padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah.
Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata "Kami beriman kepada ayat-ayat mutasyabihat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami. Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal"

Al-Quran ini sangat sesuai untuk dijadikan bacaan peribadi, wakaf masjid, hantaran perkahwinan, dan pelbagai lagi.

Sedikit maklumat mengenai Al-Quran Syaamil Harfiah :
1. Di bawah setiap perkataan, ada maksudnya
2. Selain mempunyai maksud pada setiap perkataan, Al-Quran ini juga dilengkapi terjemahan di bahagian tepi.
3. Size Al-Quran adalah bersaiz A4, sangat sesuai untuk dibaca oleh semua golongan, tua dan muda.
4. "Recommended" untuk mereka yang ingin mempelajari bahasa Arab. Sesuai untuk memahami makna Al-Quran dan seterusnya boleh dibawa ke dalam solat.
5. Kulit tebal dan kertas yang berkualiti tinggi.
5. Serta banyak lagi keistimewaannya yang lain.


Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi :
email :muzakkirahmahmood86@gmail.com
SMS :013-6288295
Edisi Indonesia :Paket ini adalah Leader Al-Quran terjemahan Indonesia dengan menggunakan kertas kuning (mirip al-Qur’an import). Al-Qur’an syamil ini penuh inovasi untuk membuat Al-Quran lebih diterima dan difahami oleh semua masyarakat di Malaysia. Khususnya untuk Al-Quran Syamil Terjemahan Per Kata ini akan sangat mempermudahkan kita memahami Al-Qur’an kata-perkata.

Ini adalah sebuah paket Al-Qur’an yang spesial karena merupakan edisi terjemah dengan tipe perkata langsung. Masing-masing kata dalam lafazh al-Qur’an ini punya arti versi indonesia yang pas dibawahnya. sementara ini, kita hanya dapet terjemahnya bertempat di samping kanan-kiri atau di blok bagian bawah, meski demikian di blok kanan dan kirinya masih ada terjemahan lengkap sesuai konteks kalimatnya.

Dengan Al-Quran Terjemah Perkata Syamil ini kita bisa mengetahui arti per kata dari lafaz al-Qur’an. Kelebihan lain dari kitab ini adalah kalau dari penerbit lain terjemahan perkata bisa beberapa buku maka Syamil cukup satu kitab saja. Manfaat lainnya tentunya kita belajar sedikit banyak mengenal bahasa arab.
P.S : Dapatkan diskaun hebat untuk pembelian secara pukalP.P.S : Kami juga menerima tempahan untuk diletakaan sebagai wakaf masjid
Selamat menikmati…
***
Price: RM 130.00P&P: RM 0.00

Cepat...selagi stok masih ada.
SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!!

Akhwatku Sayang...


Selamat menduduki final exam akhwatku...moga perjuanganmu selama ini membuahkan hasil.
"Ya Allah, permudahkanlah perjuangan akhwat di medanku serta di medan yang lain. Moga perjuangan mereka dalam bidang study membawa keberkatan kepada keberlangsungan dakwah kami" ...amin

Praktikal

Alhamdulillah...masih berbaki lagi 2 hari untuk diri ini menamatkan praktikal yang menjadi satu kewajipan bagi setiap pelajar. Perasaan bercampur baur antara gembira dan juga sedih. Gembira kerana selepas ini ana bebas dari medan belajar di universiti, sedangkan perasaan sedih kerana terpisah dengan pelajar yang ana sayangi...

Teringat lagi kata2 salah seorang pelajarku semalam, sewaktu berada di dalam Pusat Sumber Sekolah...

Pelajar:Cikgu, nanti kami sedihlah...

Ana: Kenapa pulak nak sedih2 nie?

Pelajar:Yaa la...kan minggu nie minggu last cikgu kat sekolah nie...lepas nie cikgu lain plak akan
ajar kami...cikgu tue ajar tak best.

Ana:Sama je cikgu mana2 pun yang ajar kita. Asalkan ada kesungguhan untuk belajar.

Pelajar: Nanti saya nak jadi macam cikgu laa...(sambil tersenyum)

Terkedu sejenak diriku, mendengarkan ayat terakhir pelajar tersebut...semoga diriku memberikan satu booster untuk dirinya belajar dan terus belajar...

Thursday, April 16, 2009

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga ruang untuk diri ini mencoretkan sedikit sebanyak pengalaman di dalam blog ini. Moga blog ini mampu menggugah diri ini untuk sentiasa bersemangat dalam melakukan apa2 yang diredhaiNya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...