Wednesday, December 8, 2010

Kemalangan

Bismillah Walhamdulillah...

Sekadar coretan my first experience terlibat dengan kemalangan jalan raya. Huhuhu...my sport car (akhwat yang panggil keta tu keta sport, sebab bunyinya kuat) now in bengkel, huhuhu :-(...Kemalangan tu berlaku kira2 jam 5 petang di Jalan Karak. Yang tak tahannya, kancil (my car) lawan dengan Hilux. Cuba bayangkan keta kecil lawan keta besar..Kalau di analogikan macam tembikai lawan dengan durianlah. Tapi thanks to ALLAH, coz semua keempat-empat penumpang selamat.

Ceritanya bermula begini...

Kami (ana, mak, abang n anak sedara) sebenarnya dari Kelantan menuju ke Kuala Lumpur. Ana memang kena bawa keta ke KL coz susah nak pergi sekolah kalau takde keta. Lagipun kalau naik pengangkutan awam, perbelanjaan sangat tinggi. Lebih kurang RM20 sehari. Tu kalau bab duit la, tapi kalau bab masa, ana kena turun dari umah kul 6.30 pagi dan akan sampai ke sekolah lebih kurang jam 8 pagi. Pernah satu hari, ana punch card jam 7.58 pagi. Lagi 2 minit nak pukul 8, fuhh..selamatlah. Kalau tak, mesti dah ada tanda merah kat kad tu, coz ana kena punch card b4 jam 8 pagi sepanjang cuti persekolahan nie..

Pasal mak ana plak, nape naik skali keta tu coz kebetulan mak nak pergi Oman, ziarah kakak sekeluarga kat sana. Mak punye flight dari KLIA ari Khamis, lebih kurang jam 12 tengah hari, tapi kena ada kat sana kul 10 pagi...so, mak naik skali je la keta 2. Pasal abang n anak sedara 2, jus teman je. Abang bukannya boleh drive pun, tapi bak kata mak "buat kuat semangat, biarlah Qadir ikut skali". Ana ikut je la. Planning awalnya, bila dah sampai KL, ana nak bawa mak ke sekolah ana. Saja je nak tunjuk sekolah yang penuh dengan cabaran tu kat mak...Tapi nak wat camne, planning tu hanya tinggal planning je...Mungkin ini yang terbaik untuk kami semua.

Sepanjang perjalanan ke KL, ana selalu mendoakan semoga Allah permudahkan perjalanan kami. Semoga kami semua selamat sampai ke KL. Maklumlah, jalan KL nie, ana tak biasa sangat, lainlah kalau jalan ke Perak coz dah lama duk sana. Ucapan syukur 'Alhamdulillah' di panjatkan pada Ilahi tatkala perjalanan kami selamat sampai ke Gua Musang, Merapoh, Kuala Lipis dan juga Raub. Kini cuma tinggal Bentong sahaja, lepas tu akan terus masuk KL.

Nak dijadikan cerita, kereta kawan yang ana follow tu silap masuk jalan. Mereka masuk jalan karak-kuantan. Ana yang tak berapa tahu jalan nie just follow them. Lebih kurang 10 km kot masuk jalan tu, baru kawan berhenti keta n gtau salah jalan. So, kena u-turn balik. Sekali lagi, ana jus follow je. On the way nak keluar dari jalan nie la, kemalangan tu berlaku. Kereta depan Hilux brek mengejut, menyebabkan Hilux juga brek mengejut. Ana pun sama la, brek mengejut. Tapi nak dijadikan cerita, permukaan jalan tempat ana brek mengejut tu, ada banyak batu dan pasir yang menyebabkan keta tetap je gerak even dah tekan brek. Nak mengelak ke sebelah kiri, tak boleh coz ada lubang, nanti satu keta masuk lubang tu, lagi parah...nak tak nak, kami sume tengok je keta tu langgar Hilux.

Keadaan kereta

Cerita pasal keadaan kereta, hanya bahagian depan teruk. Penutup bumper depan memang tak boleh diselamatkan coz terseret dengan bahagian bawah Hilux. Cermin depan juga tak dapat diselamatkan coz telah pun rangka. Nasib baik tak pecah. Kos baiki???huhuhu...rahsia.

Kena saman

Masing2 buat report polis, tuan punye Hilux pun buat report gak coz dia nak claim insurance. Lepas je ana siap buat report polis, ana dapat satu lagi surat, surat saman. Huhuhu...kena rm300. Nasihat JPJ tu pada ana, settlekan bayaran saman tu b4 7 januari untuk mendapatkan potongan sehingga rm150...InsyaAllah.

Thanks Allah

Percaturan Allah pada hambanya sangat baik dan teliti. Walaupun hambanya sentiasa mendoakan supaya di selamatkan perjalanannya, namun sekiranya Allah mahu menguji tahap keimanan dan kebergantungan hambanya kepadaNya, ujian itu tetap datang jua. Kemalangan itu tetap jua berlaku. Disinilah kita akan memberikan respon. Adakah kita akan menyalahkan Allah atas apa yang menimpa, atau pun kita redha sahaja dengan apa yang berlaku...Tepuk dada, tanya iman. Tatkala ujian menimpa, teringat lagu nasyid dari Kumpulan Raihan yang berbunyi:

Ujian adalah, tarbiyah dari Allah,
Apakah kita kan sabar,
Ataupun sebaliknya...

Aku redha, ya Allah dengan ujianMu nie...Semoga dengan ujian nie, hubunganku denganMu semakin dekat malah kebergantunganku padaMu 100 %...Amiiin...InsyaAllah, ada hikmah yang tersembunyi disebalik kejadian nie.

P/S:
1) Terima kasih atas sokongan dan pertolongan adik-beradik yang lain. Nie yang best nie, adik-beradik ramai, sume pakat ambil berat. Macam iklan dalam TV3 'Aduan rakyat, adik-beradik ambil berat'. huhuhu...
2) Terima kasih gak pada Kak Inang atas segala information
3) Terima kasih gak pada Zali (anak sedara) coz jemput kami kat Balai Polis Karak
4) Terima kasih gak kepada bakal kakak ipar sekeluarga yang menelefon bertanyakan kejadian tu

Monday, November 29, 2010

Barakallahulakuma...

Bismillah walhamdulillah...



بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ.
“Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin laki-laki dan perempuan) dalam kebaikan.”
(HR. Penyusun-penyusun kitab Sunan, kecuali An-Nasai dan lihat Shahih At-Tirmidzi 1/316)

Barakallah ukht...Itulah doa ana untuk anti, Ukht Maria (akhwat UPSI) yang akan melangsungkan pernikahan pada 12 Disember 2010 di Bagan Serai. Semoga dengan pernikahan ini, dapat menambahkan lagi amal ibadah dalam menuju redhaNya...Amiin.

Kepada semua akhwat, antunna di jemput untuk sama2 meraikan pernikahan ini (sambil2 tu, bleh la amik auranya...huhuhu..). Di sini ana attachkan kad jemputan pernikahan Ukht Maria.


Sunday, November 28, 2010

Takziah buat YDP ISMA Kelantan

Bismillah walhamdulillah...

"Salam...mak Ustaz Din (Kak Gie) baru meninggal dunia. Al-Fatihah..."

Itulah mesej yang ana dapat dari seorang akhwat kelantan malam tadi, kira2 jam 11.54 malam. Jazakillah khair uhkti atas perkhabaran ini.

...


Buat Ustaz Din (gambar) dan sekeluarga, ana doakan semoga tabah dan sabar dalam menempuh ujian ini. Inna lillahiwa innaa ilaihiraajiun...

Di sini ana sertakan ucapan takziah yang ana amik dari blog isma kelantan.


27 Nov; Takziah Ustaz, itulah yang mampu diucapkan oleh AJK dan ahli ISMA Kelantan kepada Ustaz Sharipudin Ab. Kadir sekeluarga atas pemergiaan bondanya yang tersayang. Berita kematian dilaporkan dalam jam 11.50 minit malam (sabtu malam ahad).

Menurut Ustaz Sharipudin, bondanya meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, dan akan di bawa pulang ke Kuala Kubang, Besut, Terengganu, (Jalan menuju ke Lata Belatan). Solat jenazah insyaAllah akan ditunaikan pada pagi ini.

Kepada mana-mana kenalan dan juga rakan dakwah Ustaz Sharipudin yang ingin menghubungi beliau boleh membuat panggilan di talian berikut 013-9393451

Tidak ada perkara lain yang boleh diucapkan kepada Ustaz Sharipudin sekeluarga dan
ahli-ahli waris Al-Marhumah melainkan sebagaimana yang telah diajarkan oleholeh Allah swt melalui RasulNya di dalam Hadis, “Inna lillahi ma akhaz, wa lahu ma a’tho. Wa kullu syai’in indahu bi ajalim musamma. Fasbir wala tahtasib” (Milik Allah apa yang Dia ambil. MilikNya jua apa yang Dia beri. Tiap sesuatu punya tempoh tertentu disisiNya. Bersabarlah dan harapkan ganjaran Allah atas kesabaranmu itu” (Hadis Takziah). “Al-Baqa’ lillah” (Sesungguhnya kekal itu hanyalah Allah swt semata-mata). Rujukan : Majmu’ah Ar-Rasail Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna.


Saturday, November 27, 2010

Sedih :-(

Bismillah walhamdulillah...

"Salam Ira, mabruk...moga menjadi pendidik yang berjaya menyentuh hati2 pelajar. Moga thabat di jalan dakwah walau di mana pun berada..."

Huhu...itulah mesej yang dihantar oleh seorang akhwat pada ana tadi.Amiin...semoga dipermudah segala urusan di medan baru ini...Tak tahu dah nak tulis apa tapi sekadar ingin meluahkan perasaan sedih coz tak dapat join program mukhayyam akhwat kelate. Program tu bermula pada 26-27 November di Aura Training Centre, Bachok. Sebenarnya program nie dah dirancang dari awal lagi, dengan objektif2 yang sangat mantap yang perlu dicapai dan digapai oleh setiap peserta program.

Tambah sedih dan terkilan kerana dalam program nie, ana dilantik selaku S/U program. Tapi disebabkan ana kena lapor diri di KL pada 22 November lepas, sekaligus dikehendaki bertugas di SMK Raja Abdullah, Kepong walaupun cuti persekolahan sedang berlangsung, maka tak dapat la nak join program tu.

Ana doakan moga semua akhwat yang join program tu dapat memenuhi objektif program yang ditetapkan.

Saturday, September 4, 2010

...Maafkan ana, akak...

Bismillah walhamdulillah…
Sekadar coretan untuk renungan bersama.
*****
Tit…tit…tit…
Handset Aisyah berbunyi menandakan ada mesej yang baru masuk. Aisyah yang sedang bertadarus menghentikan seketika bacaannya lalu digapai handsetnya yang sentiasa setia di sisinya. Di skrin handset tersebut, tertera nama Ukht Izza, anak halaqahnya. “ooo, mesej dari Izza rupanya” monolog Aisyah sendirian. Tanpa berlengah, Aisyah terus menekan butang ‘unlock’ handsetnya dan membaca mesej tersebut.

“Salam akak, boleh tak ana nak jumpa akak kat surau kampus kul 5 petang nie? Ada hal penting nak gtau. Tapi akak datang sorang je tau”.

“Wasalam, InsyaAllah boleh ukht. Lagipun akak tak de kelas petang ni. Nanti kita jumpa ek”.
Balas Aisyah

Seperti yang dijanjikan, Aisyah tiba di surau kampus tepat jam 5 petang. “Alhamdulillah, nasib baik sempat sampai, kalau lambat tadi, mesti malu nak jumpa anak halaqah” monolog Aisyah sendirian sambil menarik nafas lega. Dalam halaqah, Aisyah selalu ingatkan anak halaqahnya untuk sentiasa menepati masa. Itu adalah salah satu muwassafat tarbiyah yang perlu bagi seorang yang bergelar da’i. Jadi, nak tak nak, Aisyah perlu tunjukkan contoh yang terbaik untuk anak halaqahnya. Aisyah masih terbayang-bayang suasana ketika sedang berebut bas di kolej kediaman tadi. Tolak-menolak adalah perkara biasa ketika ingin menaiki bas. Itulah senario yang paling tidak boleh dielakkan oleh sekalian pelajar.

Tuesday, July 13, 2010

...Kisah Si Penjual Tempe...

Bismillah walhamdulillah...



Hayati dan renungilah kisah ini...

*****
Tersebut sebuah kisah, di kawasan selatan tanah air, tinggallah seorang perempuan tua yang bernama Jamilah seorang diri di sebuah pondok usang. Jamilah hidup sebatang kara. Suaminya telah meninggal 5 tahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya. Sepanjang perkongsian hidupnya dengan suami, Jamilah tidak di kurniakan seorang anak pun. Namun, Jamilah tidak pernah mengeluh terhadap takdir yang telah di tentukan untuknya. Bagi menampung perbelanjaan sehariannya, Jamilah menjalankan perniagaan tempe. Setiap hari Jumilah akan membuat tempe dan menjual tempe yang ‘menjadi’(sudah boleh di masak) di pasar yang berdekatan dengan rumahnya.

Pada suatu hari, seperti biasa Jamilah bersiap-siap untuk ke pasar, tetapi alangkah terkejutnya Jamilah apabila mendapati tempe yang dibuat dari kacang soya terpilih itu masih belum ‘menjadi’ lagi dan tidak boleh dijual lagi.

Jamilah kebingungan, fikirannya tidak keruan memikirkan apa yang patut dilakukan. Maka Jamilah menadah tangan memohon pada Allah SWT agar tempenya itu ‘menjadi’ kerana tiada yang mustahil bagi Allah untuk menjadikan sesuatu itu. Setelah selesai berdoa, Jamilah menekan-nekan tempenya yang berada di dalam bungkusan, sambil mengharapkan agar tempenya sudah ‘menjadi’. Tapi, ternyata tempenya masih lagi belum menjadi.
Hari semakin cerah, maka sudah tentunya orang ramai sudah mulai mengunjungi pasar. Jamilah masih lagi tidak berputus harap pada Allah malah dia membawa tempe-tempenya ke pasar dengan harapan akan berlaku keajaiban kepada tempe-tempe tersebut.

Sunday, July 11, 2010

...Kenapa perlu bertudung?...

Bismillah walhamdulillah...

Untuk renungan para pembaca, sebuah kisah benar...

*****

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa,seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.

Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas,ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,"cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam qiamullailnya, terdengar lirik doanya " Ya Allah, kenalkan Annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta,bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri".

Saturday, July 10, 2010

...Keyakinan Itu...

Bismillah walhamdulillah...
“Kak Irah, ana nak tanya sikit boleh?” tanya Ukht Mila (bukan nama sebenar) pada ana sewaktu sama2 berjalan ke Pantai Bukit Keluang. “Boleh2 , tanya banyak pun tak pe. Nape anti nak nikah ke?” jawab ana sambil bergurau disertai dengan gelak ketawa. Bukan apa, gurauan tu sekadar menambahkan lagi penyeri dalam perbualan kami pada pagi tu. “Eeii...Kak Irah nie, ke situ pulak. Ini bukan pasal nikah laa” jawab Ukht Mila sambil tersipu-sipu menahan malu. “Ana nak tanya, macam mana nak bawa ta’lim nie? Kadang2 ana rasa tak bersedia lagi? ”.
“ooo...rupa2nya itu persoalan yang sedang bermain di fikiran akhwatku ini. Bagus la...at least, akhwatku ini sudah bersedia untuk menggalas tugas yang mulia, tugas yang pernah di galas oleh para anbiya’ suatu masa dulu”, monolog ana dalam diri. “Ukht, nak bawa ta’lim nie senang je. Ana yakin anti boleh bawa. Bukan susah mana pun. Cuma untuk permulaan, anti bawa la anak ta’lim anti tu jalan2 tengok segala kebesaran Allah. Aplikasikan 7 tahapan dakwah fardhiah yang ana pernah bagi tu. Sebagai contohnya, anti bawa la anak ta’lim anti berlajan-jalan di sekitar maktab nie. Kemudian tengok la alam sekeliling. Tengok bagaimana kejadian pokok. Dari satu biji benih, bagaimana pokok itu boleh mengeluarkan batang, ranting, daun, bunga serta buah. Jika difikir secara logik, agak susah untuk diterima akal juga kerana ianya cuma berasal dari satu biji benih. Tapi ukht, semua tu tak mustahil bagi Allah. Bila Allah kata ‘jadilah’, maka menjadi la ia dan tiada sesiapa mahupun apa2 jua yang boleh menahannya. Ukht, hanya manusia yang ingin mengambil pengajaran sahaja yang akan berfikir tentangnya. Lagi satu, kalau bercakap tentang ‘yakin’, ia adalah satu perasaan yang harus dipupuk, bukan hanya menunggu untuk keyakinan itu datang. Memang wajar jika kita kurang yakin untuk permulaannya, kerana kita tiada pengalaman.

Friday, July 9, 2010

...Mencari Kekuatan dan Ketenangan...

Bismillah walhamdulillah...

"Jam 9 malam". Kurang 3 jam dari sekarang. Itulah masa yang ana tunggu2. Masa untuk ana bertolak ke KL untuk bersama-sama akhwat2 yang sudah agak lama tidak berjumpa. Sudah semestinya, pelbagai persoalan serta perkembangan dakwah akhwat lain akan menjadi persoalan bagi ana untuk mengetahuinya. At least, dengan mendengar perkembangan dakwah mereka, ana menjadi lebih kuat untuk membawa dakwah di sini.

Suatu masa dulu, ana rasa sangat berat untuk memikul amanah dakwah di sini. Pelbagai perkara baru terpaksa ana tempuhi dan pelajari; medan baru, akhwat baru, strategi dakwah baru dan banyak lagi. Kadang2 membuatkan ana merasa lemah untuk berhadapan dengan cabaran2 yang akan mendatang. Cabaran2 yang belum pasti bagaimanakah penyelesaiannya. Namun, bila berjumpa dengan akhwat2 yang lain (tambah2 lagi akhwat yang sama2 mengembangkan dakwah di UPC suatu masa dulu), berbual dan berkongsi pelbagai suka dan duka, semangat ana kembali pulih. Kekuatan dan ketenangan mula bertambah. "oh..rupanya bukan ana sorang saja punyai masalah. Akhwat lain pun sama gak". "rupanya masalah akhwat nie lebih besar dari masalah ana"...itulah antara monolong ana. Dengan monolog inilah ana mampu bangkit dari perasaan lemah. Kadang2 ana merasa lemah, tapi bila melihat dan mendengar akhwat lain turut melemah pabila banyak ujian mendatang, dengan serta merta ana menjadi kuat, seolah-olah tiada masalah. Dan menjadi kebiasaan bagi ana, untuk cuba nasihatkan dan menaikkan kembali semangat akhwat itu,

"akak, orang yang bersusah-suah di jalan Allah nie banyak ganjarannya. Semakin susah ujian yang Allah timpakan, semakin besar ganjaran yang Allah nak bagi pada akak. Akak patut bersyukur kerana Allah memilih akak untuk diberikan ujian nie. InsyaAllah, akak mampu mengatasinya sebagaimana firman Allah dalam surah al- baqarah, ayat 286, yang berbunyi..."

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...(2:86)"




Monday, July 5, 2010

...Kasih Seorang Adik...

Bismillah walhamdulillah...

Sebuah perkongsian untuk bacaan umum.

*****

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.

"Baik, kalau tak nak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik.

Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun air mata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, "Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!" Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang... !" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi! " Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg... .sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" jerkah ayah.

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku cuba memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. "Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat... ..

"Kak... untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata." Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia memberikannya kepadaku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Tak... .Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi... aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada.

Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya... ."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.


"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

p/s: Subhanallah...kasih sayang antara seorang adik dan kakak. Betapa ikhlasnya seorang adik menyayangi kakaknya. Namun ketahuilah wahai para pembaca sekalian, kasih sayang 4JJl lagi banyak terhadap hambanya. 4JJl hanya menurunkan 1/100 sahaja rahmatnya ke dunia, yang mana dengan rahmat tersebut kita berkasih sayang. Seorang ibu tidak akan tidur nyenyak pada malam hari sekiranya anaknya sakit, seorang sahabat turut merasa sakit tatkala melihat sahabat yang lain sakit serta banyak lagi fenomena kasih sayang antara sesama insan. Namun sedarkah kita semua, wahai hamba 4JJl, lagi 99 rahmatNya di simpan untuk diberikan kepada hamba2Nya yang betul2 memohon kepadaNya. Jadi, ana menyeru kepada para pembaca sekalian untuk kita sama2 mengejar 99 lagi rahmat 4JJl itu.

Sunday, July 4, 2010

...Surat Cinta...


Bismillah walhamdulillah...
Saat kau bangun pagi hari,
AKU memandangmu...
Berharap engkau akan berbicara kepada KU,
Walau hanya sepatah kata meminta pendapatKU atau bersyukur kepadaKU
Atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu

Hari ini atau kelmarin ...
Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk,
Mempersiap diri untuk pergi bekerja ...
AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap,
AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKU,
Tetapi, ternyata engkau terlalu sibuk ...



Di satu tempat, engkau duduk di sebuah kerusi,
Selama lima belas minit tanpa melakukan apapun
Kemudian AKU melihat engkau menggerakkan kakimu...
AKU fikir engkau akan berbicara kepadaKU,
Tetapi engkau berlari mendapatkan telefon
Menghubungi seorang teman untuk mendengarkan khabar terbaru



AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja
AKU menanti dengan sabar sepanjang hari
Dengan semua kegiatanmu, AKU fikir engkau
Terlalu sibuk mengucapkan sesuatu kepadaKU



Sebelum makan tengah hari,
AKU melihatmu memandang sekeliling,
Mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKU,
Itulah sebabnya mengapa engkau tidak menundukkan kepalamu.



Engkau memandang meja di sekitarmu,
Melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut namaKU dengan lembut,
Sebelum menyantap rezeki yang AKU berikan,
Tetapi engkau tidak melakukannya ...


Masih ada waktu yang tersisa,
AKU berharap engkau akan berbicara kepadaKU,
Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV,
Engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari di depannya,
Tanpa memikirkan apapun,
Hanya menikmati cerita yang disiarkan



Kembali AKU menanti dengan sabar,
Saat engkau menonton TV dan menikmati makananmu,
Tetapi... kembali kau masih tidak mahu berbicara kepadaKU...



Saat tidur, KU pikir kau merasa terlalu lelah,
Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu,
Kau melompat ke tempat tidur,
Tertidur tanpa sepatah pun namaKU kau sebut,



Engkau menyadari bahwa AKU selalu hadir untukmu,
AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari,
AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain,
AKU sangat menyayangimu,
Setiap hari AKU menantikan sepatah kata, do'a, ingatan atau rasa syukur dari hatimu,



Keesokan harinya ... engkau bangun kembali,
AKU menanti dengan penuh kasih,
Hari ini kau akan memberiku sedikit waktu untuk menyapaKU ...
Tapi yang KU tunggu2... tak kunjung tiba ... tak juga kau menyapaKU.



Subuh ... Zohor ...Asar...Maghrib ...dan Isya',
Kau masih melupakan AKU...
Tiada sepatah kata, seucap do'a atau harapan untuk bersujud kepadaKU...

Apa salahKU padamu ... wahai HAMBAKU?????
Rezeki yang KU limpahkan,
Kesihatan yang KU berikan,
Harta yang KU relakan,
Makanan yang KU hidangkan,
Anak-anak yang KU rahmatkan,
Apakah hal itu tidak membuatmu ingat kepadaKU...



Percayalah AKU selalu mengasihimu,
AKU tetap berharap suatu saat engkau akan menyapa KU,
Memohon perlindungan KU,
Bersujud kepada KU ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...