Saturday, September 4, 2010

...Maafkan ana, akak...

Bismillah walhamdulillah…
Sekadar coretan untuk renungan bersama.
*****
Tit…tit…tit…
Handset Aisyah berbunyi menandakan ada mesej yang baru masuk. Aisyah yang sedang bertadarus menghentikan seketika bacaannya lalu digapai handsetnya yang sentiasa setia di sisinya. Di skrin handset tersebut, tertera nama Ukht Izza, anak halaqahnya. “ooo, mesej dari Izza rupanya” monolog Aisyah sendirian. Tanpa berlengah, Aisyah terus menekan butang ‘unlock’ handsetnya dan membaca mesej tersebut.

“Salam akak, boleh tak ana nak jumpa akak kat surau kampus kul 5 petang nie? Ada hal penting nak gtau. Tapi akak datang sorang je tau”.

“Wasalam, InsyaAllah boleh ukht. Lagipun akak tak de kelas petang ni. Nanti kita jumpa ek”.
Balas Aisyah

Seperti yang dijanjikan, Aisyah tiba di surau kampus tepat jam 5 petang. “Alhamdulillah, nasib baik sempat sampai, kalau lambat tadi, mesti malu nak jumpa anak halaqah” monolog Aisyah sendirian sambil menarik nafas lega. Dalam halaqah, Aisyah selalu ingatkan anak halaqahnya untuk sentiasa menepati masa. Itu adalah salah satu muwassafat tarbiyah yang perlu bagi seorang yang bergelar da’i. Jadi, nak tak nak, Aisyah perlu tunjukkan contoh yang terbaik untuk anak halaqahnya. Aisyah masih terbayang-bayang suasana ketika sedang berebut bas di kolej kediaman tadi. Tolak-menolak adalah perkara biasa ketika ingin menaiki bas. Itulah senario yang paling tidak boleh dielakkan oleh sekalian pelajar.


Lamunan Aisyah terhenti apabila tiba-tiba bahunya di tepuk dari belakang. Sepantas kilat Aisyah menoleh ke belakang untuk mengetahui siapakah yang menepuk bahunya. “ooo, Izza rupanya. Dah lama sampai? ” tanya Aisyah sambil melontarkan senyuman mesranya. Aisyah memang terkenal dengan sikap peramah dan senyuman mesranya dikalangan akhwat serta rakan-rakan kuliahnya. Jadi, tidak hairanlah sekiranya dia berjaya mentajmi’ ramai adik2 yang baru untuk bersama-sama menyumbang untuk islam. “Pukul 4 tadi. Habis je kelas ana terus datang sini. Lagi pun dah nak asar, jadi ana solat la jemaah kat sini” jawab Izza sambil membalas senyuman. Namun, ada sesuatu yang kurang pada senyuman itu. Ia seolah-olah bukannya datang dari sepenuh hatinya. Aisyah menyedarinya tapi dia biarkan sahaja. Mungkin Izza sedang menanggung sesuatu masalah.

Izza mengajak Aisyah untuk menyambung lagi perbicaraan di satu sudut surau tersebut. Aisyah hanya mengikut sahaja. Dalam hatinya, dia mendoakan semoga perjumpaannya dengan Izza mampu merungkaikan segala permasalahan yang sedang ditanggung oleh Izza.

“Ya Allah, permudahkanlah perjumpaan kami ini. Berikanlah jalan keluar untuk setiap permasalahannya. Lapangkanlan hatinya, tenangkanlah fikirannya serta dekatkanlah dirinya padaMu, Ya Allah. Sesungguhnya aku amat menyayanginya”.

“Akak, sebenarnya ana nak minta maaf banyak2 pada akak. Akak ingat lagi tak minggu lepas sewaktu akak ajak ana ke program? Ana kata ana tak dapat pergi sebab ada banyak assignment. Tapi kak, sebenarnya sepanjang hujung minggu tu, ana tak buat pun assignment tu. Bukan setakat nak buat, usik pun tidak akak. Hujung minggu lepas, kawan-kawan serumah ajak ana pergi ke Bandar. Ana dah tolak, tapi akhirnya ana terpaksa mengalah juga, ana terpaksa mengikut mereka ke Bandar sebab tidak mahu menghampakan mereka semua. Balik je dari Bandar, kami semua keletihan. Ana tidur je sepanjang masa. Bila ana fikir balik, ana rasa rugi je ana tak ikut akak pergi program. Ana akan dapat banyak ilmu baru sekiranya ana pergi program. Ana sangat menyesal kak, ana rasa down sangat dengan diri ana” cerita Izza dengan linangan air mata penyesalan.

Aisyah mendengar dengan penuh cermat setiap butir bicara yang dilontarkan oleh Izza. Di dalam hatinya, Aisyah tidak putus2 memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah memakbulkan doanya. Semenjak Izza menolak untuk menghadiri program itu, Aisyah selalu mendoakan supaya Allah membukakan pintu hati Izza, tunjukkan yang terbaik untuk Izza serta menjadikannya seorang muslimah yang solehah dan juga musleh. “Semoga anti terus istiqamah di jalan ini”, doa Aisyah pada Izza.
“Alhamdulillah ukhti, anti dah sedar. Jadikan apa yang dah berlaku ini sebagai pengajaran untuk hari esok, sebagai satu batu penghalang, yang akan menghalang diri kita dari melakukan perkara yang sama. Ukhti, untuk renungan kita bersama, dalam satu hadis disebutkan bahawa ‘jika kita tidak disibukkan dengan kebaikan, kita akan disibukkan dengan kebatilan’. Jadi, pilihlah mana satu jalan yang ingin kita pilih. Sekiranya kita memilih jalan kebaikan, maka selamatlah kita. Lagipun Allah telah berfirman dalam surah Muhammad ayat yang ke 7, (47:7): …jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu…menuntut ilmu itukan dituntut oleh islam. Tapi sekiranya kita memilih jalan kebatilan, maka binasalah kita. Kita akan selalu disibukkan dengan perkara2 yang tidak akan mendatangkan apa2 faedah pun. Rasa down itu wajar kerana iman kita sentiasa diuji. Iman kita akan sentiasa naik dan juga turun. Tapi jangan kita biarkan rasa down itu terus menguasai diri, sebaliknya kita hendaklah melawan perasaan tersebut. Sekiranya kita berjaya melawannya, maka tahap keimanan kita akan bertambah. Lagi satu, kita kena ingat dengan satu lagi firman Allah bahawa Allah tidak akan menguji hambanya di luar kemampuannya, jadi apa2 sahaja ujian yang datang, kita mampu menanganinya” jawab Aisyah dengan nada lembut.

“Terima kasih akak, atas nasihat tu. Ana rasa lega sangat bila dapat meluahkan pada akak. InsyaAllah, lepas nie ana akan hadir setiap program yang akak ajak. Dan ana tahu, setiap program yang di buat, untuk kebaikan ana sendiri. Soal assignment, ana akan belajar untuk uruskan masa, antara dakwah dan study. Ana akan ingat sampai bila2 pun kata2 akak yang akak selalu cakap dalam halaqah, ‘jadilah da’i yang kreatif, yang bisa memenuhi kehendak dakwah dan study kerana antara keduanya tiada pilihan melainkan keperluan’ dan ‘Dakwah no 1, tapi study bukan no 2’”,jelas Izza dengan senyuman yang ceria. Senyuman yang betul2 datang dari hati yang ikhlas.

"Tarbiyah bukan segala-galanya, tapi tanpa tarbiyah segala-galanya tidak bermakna”

p/s: Salam ramadhan karim, selamat merebut malam lailatul qadar.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...