Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts

Friday, December 24, 2010

Jawatan Kosong Untuk Semua

Bismillah walhamdulillah...

Sekadar berkongsi satu artikel yang singgah di dalam inbox emel ana. Semoga bermanfaat untuk semua.

*****


SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN.

KEKOSONGAN JAWATAN:

  • A. Ahli Syurga Dari Awal.
  • B. Ahli Neraka Dari Awal.
  • C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

  • 1. Nikmat kubur.
  • 2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
  • 3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
  • 4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:

  • Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:

  • Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:

  • Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
  • Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes mata belalang atau kad kredit.
  • Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
  • Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
  • Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:

  • Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:

  • 1. Siapa Tuhan anda?
  • 2. Apa Agama anda?
  • 3. Siapa Nabi anda?
  • 4. Apa Kitab anda?
  • 5. Di mana Kiblat anda?
  • 6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.


TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: "Dari arasku tidak ada jalan masuk". Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: "Dari arasku tidak ada jalan masuk". Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: "Dari arasku tidak ada jalan masuk".

Kemudian didatangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: "Di bahagianku tidak ada jalan masuk". Maka malaikat berkata kepadanya: "Duduklah kamu". Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu tentang seorang lelaki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya, dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: "Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang". Maka berkata malaikat: "Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh sahaja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya, dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?" Maka berkata mayat itu: "Lelaki itu ialah Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wasallam dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wasallam itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wataâala". Maka malaikat berkata kepada mayat itu: "Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat InsyaAllah". Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikatakan padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Sila war- warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu Aa'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.

Tuesday, July 13, 2010

...Kisah Si Penjual Tempe...

Bismillah walhamdulillah...



Hayati dan renungilah kisah ini...

*****
Tersebut sebuah kisah, di kawasan selatan tanah air, tinggallah seorang perempuan tua yang bernama Jamilah seorang diri di sebuah pondok usang. Jamilah hidup sebatang kara. Suaminya telah meninggal 5 tahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya. Sepanjang perkongsian hidupnya dengan suami, Jamilah tidak di kurniakan seorang anak pun. Namun, Jamilah tidak pernah mengeluh terhadap takdir yang telah di tentukan untuknya. Bagi menampung perbelanjaan sehariannya, Jamilah menjalankan perniagaan tempe. Setiap hari Jumilah akan membuat tempe dan menjual tempe yang ‘menjadi’(sudah boleh di masak) di pasar yang berdekatan dengan rumahnya.

Pada suatu hari, seperti biasa Jamilah bersiap-siap untuk ke pasar, tetapi alangkah terkejutnya Jamilah apabila mendapati tempe yang dibuat dari kacang soya terpilih itu masih belum ‘menjadi’ lagi dan tidak boleh dijual lagi.

Jamilah kebingungan, fikirannya tidak keruan memikirkan apa yang patut dilakukan. Maka Jamilah menadah tangan memohon pada Allah SWT agar tempenya itu ‘menjadi’ kerana tiada yang mustahil bagi Allah untuk menjadikan sesuatu itu. Setelah selesai berdoa, Jamilah menekan-nekan tempenya yang berada di dalam bungkusan, sambil mengharapkan agar tempenya sudah ‘menjadi’. Tapi, ternyata tempenya masih lagi belum menjadi.
Hari semakin cerah, maka sudah tentunya orang ramai sudah mulai mengunjungi pasar. Jamilah masih lagi tidak berputus harap pada Allah malah dia membawa tempe-tempenya ke pasar dengan harapan akan berlaku keajaiban kepada tempe-tempe tersebut.

Sunday, July 11, 2010

...Kenapa perlu bertudung?...

Bismillah walhamdulillah...

Untuk renungan para pembaca, sebuah kisah benar...

*****

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa,seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.

Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas,ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,"cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam qiamullailnya, terdengar lirik doanya " Ya Allah, kenalkan Annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta,bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri".

Tuesday, June 29, 2010

...Teka-teki Bermanfaat...

Bismillah walhamdulillah...

Sila jawab teka-teki di bawah. Semoga bermanfaat...

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :


Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "

Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"

Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".


Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"

Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."


Imam Ghazali=" Apa yang paling berat didunia? "

Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."


Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"

Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "


Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "

Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "


... "sampaikanlah walau satu ayat"...


Monday, June 21, 2010

...Satu Perkongsian...

Bismillah...

Agak lama rasanya ana tak update blog nie...
nak kata sibuk, tak la sibuk sangat pun...sikit2 tu ada la.

huhu...sebenarnya ana nak kongsi satu citer la...
tapi mungkin lebih kepada pengalaman ana la, pengalaman yang sangat berharga
pengalaman yang mampu mentarbiyah diri ana sendiri secara tidak langsung

actually, ana baru je balik dari satu program di Gombak
program yang sangat penting untuk menggerakkan medan dakwah sem depan
bersama-sama dengan bakal2 guru dan juga 2 orang guru
kami di satukan, di dalam satu program

pengalaman yang ana nak kongsikan ialah pengalaman perjalanan ke tempat program
sebenarnya program bermula pada Jumaat pagi
tapi di sebabkan ana terlibat dengan satu syura yang diadakan pada khamis malam, terpaksalah ana bertolak dari umah pada khamis pagi, jam 8:30
target sampai hentian putra dalam kul 5 ptg - masa sebenar sampai ialah jam 5.30ptg

satu perjalanan yang sangat panjang
ditambah pula perjalanan pada siang hari, lagi la terasa lamanya perjalanan tersebut,
di dalam bas, ana sentiasa mendoakan semoga perjalanan ana dipermudahkan
dan selamat sampai ke tempat yang di tujui

dalam perjalanan tersebut, ana di uji
migrain ana datang menyerang
biasalah, perubahan cuaca sepanjang perjalanan
ana sangat sensitif terhadap perubahan cuaca atau pun cuaca yang sangat panas
biasanya kebanyakan orang yang mengalami migrain memang macam tu
"sangat sensitif terhadap perubahan cuaca"

kepala mula pening, mulut plak rasa macam nak muntah - takut gak termuntah dalam bas
lalu untuk mengawal keadaan 2, ana pejamkan mata, buat2 tidur - tapi tak mengantuk pun
ana cuba untuk menasihatkan diri dengan merenungi kata2 seorang ustazah nie

katanya:
setiap kesusahan yang kita hadapi di jalan dakwah nie ada ganjarannya di sisi Allah,
dalam satu hadis disebutkan bahawa,
sekiranya kita berjuang di jalan Allah dengan menaiki kuda,
setiap air peluh kuda pun di kira sebagai satu ganjaran pahala di sisinya,
malah air kencing kuda pun dikira juga sebagai satu ganjaran pahala di sisinya. nie tak termasuk air peluh seorang pejuang tu lagi,
duit2 yang dibelanjakan,
kesusahan yang dihadapinya serta banyak lagi..

lagi satu pesan ustazah tu,
jangan takut hangusnya tayar kereta kita, jangan takut habisnya duit kita, serta jangan takut untuk membelanjakan semua yang kita ada ke jalanNya,
kerna setiap apa yang kita belanjakan, akan di balas dengan ganjaran yang setimpal olehNya,
Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah

Ya Allah, ampunkan dosa2ku,
IA, ana redha dengan ujian nie
kerna ana tau
Allah sayangkan ana
sebab tue Dia memilih ana untuk di uji
untuk menguji tahap keimanan ana sendiri

nasihat untuk diri ana sendiri:
ketahuilah wahai diri
bersyukurlah sekiranya kamu di uji
kerna tingkat keimanan dirimu akan bertambah sekiranya dirimu mampu mengatasi ujianNya
Syukur Alhamdulillah

teringat kata2 akhwat upc dulu pada ana:
bersyukurlah ant dapat migrain kerana banyak memikirkan tentang dakwah
daripada orang lain yang migrain kerana memikirkan benda2 lain

sekian dulu, nanti ana citer lagi
banyak lagi yang nak citer
pengalaman yang ana dapat dari satu perjalanan
yang mampu mentarbiyah diri untuk selamanya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...