Saturday, December 5, 2009

Jatuh...

Satu petang, dalam kul 2.30, aku mendapat panggilan telefon dari Ashraf (anak saudaraku). "cepat datang umah, Aneesha jatuh. Mak suh bawa gi klinik". "ok" jawabku ringkas. Lantas aku mula bersiap untuk ke sana. Jarak antara rumahku dengan rumah kakakku hanyalah dalam 10 minit perjalanan. Keberadaanku disana sangat penting memandangkan aku boleh membawa kereta untuk membawa mereka ke klinik. Kakakku memang dah tarik diri awal2 lagi walaupun yang jatuh dan berdarah itu adalah anaknya kerana dia "mabuk darah", nanti sampai ke tempat lain pula. Sedang aku bersiap, ibuku memberitahu yang dia juga ingin ikut ke sana begitu juga dengan kakak iparku.

Ibuku terkejut sebaik sahaja melihat luka itu. Katanya luka itu besar dan dalam, kena jahit. Tanpa membuang masa, kami terus membawa Aneesha ke klinik. Pada mulanya, kami pergi ke klinik kerajaan. Tapi disebabkan prosedurnya yang sangat menyusahkan, (ada ke patut, kena daftar dulu dan tunggu no giliran, padahal sepatutnya terus masuk ke bilik kecemasan) kami terus keluar dan ke klinik swasta.

Di klinik swasta, Aneesha terus diberi rawatan. Dia disuntik dengan ubat bisu di kepala dan dijahit sebanyak 4 jahitan. Dalam 30 minit, proses menjahit luka itu pun selesai. Perasaan kesian tetap ada-maklumlah dia masih kecil, baru berumur 3 tahun, tetapi luka tersebut terpaksa juga dijahit. Jadi, perasaan kesian tersebut diketepikan terlebih dahulu.
Inilah dia bahagian luka yang telah dijahit.

Rambut terpaksa diguntingkan sedikit untuk memudahkan kerja doktor untuk menjahit

Inilah dia. 4 jahitan dikenakan dengan kos bayarannya RM48

Masih kelihatan benang kat situ

Aneesha bila bertudung. Ayu nya!!! Anak sapa la nie?

Macam pengantin pun ada..huhu

Aik, posing la plak. Kecil2 pun dah pandai posing nie

Merenung masa depan ke?

2 comments:

'''...Hanya Hamba...''' said...

Haikal say:

2 la duk ngukah sokmo..,kan dah trimo akibatnyo 2....paadee muko mung 2...

'''...Hanya Hamba...''' said...

Wani say:

laen kali kalu ore lare,skali duo 2 dengar lerR.....kan dah ile secompeng rambut 2..kan lame2 jadi botok....brape kali kan dah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...