Halaqah terakhir. Hari ini merupakan hari yang sangat berguna kepadaku kerana pada hari ini aku menyampaikan amanat dan kata2 semangat kepada anak halaqahku. Amanat supaya menjadi manusia yang soleh dan musleh setiap masa dan ketika serta kata2 semangat untuk mendorong mereka melakukan yang terbaik untuk peperiksaan SPM.
Sekadar gambar hiasan
18 Nov, akak. Jawab salah seorang daripada mereka berlima. Dah tak lama la ye. Dalam tiga minggu lagi. Antunna semua dah sedia ke? tanyaku lagi. InsyaAllah akak, dalam proses. Doakan kami. Jawab mereka.
Kepada semua anak halaqah sekolahku, "Selamat menduduki peperiksaan SPM. Semoga Allah memberikan yang tgerbaik untuk antunna semua. Amiin"
No comments:
Post a Comment