Wednesday, April 22, 2009

Praktikal

Alhamdulillah...masih berbaki lagi 2 hari untuk diri ini menamatkan praktikal yang menjadi satu kewajipan bagi setiap pelajar. Perasaan bercampur baur antara gembira dan juga sedih. Gembira kerana selepas ini ana bebas dari medan belajar di universiti, sedangkan perasaan sedih kerana terpisah dengan pelajar yang ana sayangi...

Teringat lagi kata2 salah seorang pelajarku semalam, sewaktu berada di dalam Pusat Sumber Sekolah...

Pelajar:Cikgu, nanti kami sedihlah...

Ana: Kenapa pulak nak sedih2 nie?

Pelajar:Yaa la...kan minggu nie minggu last cikgu kat sekolah nie...lepas nie cikgu lain plak akan
ajar kami...cikgu tue ajar tak best.

Ana:Sama je cikgu mana2 pun yang ajar kita. Asalkan ada kesungguhan untuk belajar.

Pelajar: Nanti saya nak jadi macam cikgu laa...(sambil tersenyum)

Terkedu sejenak diriku, mendengarkan ayat terakhir pelajar tersebut...semoga diriku memberikan satu booster untuk dirinya belajar dan terus belajar...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...